Musim cuti sekolah dah tiba ni. Young Pandai dah bersedia untuk isi masa lapang dengan aktiviti yang menarik ke belum? Kalau tak ada apa-apa rancangan lagi, Pandai nak ajak adik-adik semua serta Live Tuition: Adventure Camp dengan barisan Gentera Ilmu kami!
Live Tuition: Adventure Camp adalah sebuah program cuti sekolah anjuran Pandai khas untuk Young Pandai belajar kemahiran baru bersama tutor-tutor Pandai. Pelbagai aktiviti menarik yang fokus untuk mengasah bakat dan kemahiran pelajar disediakan untuk teroka minat atau bakat terpendam pelajar!
Live Tuition: Adventure Camp terbuka kepada pelajar di seluruh Malaysia dari darjah 1 sehingga tingkatan 5 secara yang melanggan aplikasi Pandai secara Premium. Program ini akan bermula dari
Live Tuition: Adventure Camp
Tarikh: 12 – 29 February 2024
Masa: 10AM – 12PM
Program cuti sekolah kali ini, Pandai ada sediakan 10 kelas di mana adik-adik boleh belajar pelbagai kemahiran baru dari belajar tentang sejarah (in a fun way) hinggalah aktiviti praktikal seperti bercucuk-tanam! Ha, menarik kan?
TUTOR | AKTIVITI |
Teacher Ili | Let’s Gardening Minat dengan aktiviti berkebun? Ayuh sertai Teacher Ili dalam program berkebun di mana kita akan belajar teknik tanaman mudah menggunakan barangan yang ada di dapur masing-masing. Pelajar juga akan diberikan tips dan peluang untuk sama-sama menghasilkan tanaman yang cute dalam program ini nanti. |
Cikgu Irfan & Cikgu Izham | Eco Green Crafting Serlahkan kreativiti serta inovasi anda dalam penghasilan kraf tangan melalui penggunaan barangan kitar semula. Anda akan bersama-sama dengan Cikgu Irfan dan Cikgu Izham untuk menghasilkan kraf barangan kitar semula serta mempelajari proses dan kepentingan kitar semula untuk menjaga alam kita. |
Teacher Atiqah & Sir Shah | Dunia Warisan Kita Mari kita kenali busana serta alat muzik tradisional masyarakat Malaysia yang semakin dilupakan bersama Teacher Atiqah dan Sir Shah. Jangan lepaskan peluang tau untuk belajar cara pembuatan wau dalam program kali ini. |
Teacher Zahida & Cikgu Bella | Malaysian Tea Time Snacks Dalam program ini, Teacher Zahida dan Cikgu Bella akan bawa anda mengenali juadah minum petang yang popular bagi masyarakat Malaysia. Eh, bersedia dengan apron masing-masing jugak tau, sebab kita akan masak resipi yang istimewa! |
Cikgu Sakinah | Threads of Heritage: World Fashion Jom berjalan mengelilingi dunia melihat keunikan dan kecantikan fesyen tradisional di serata negara bersama Cikgu Sakinah. Menariknya, kita akan belajar cara membuat Topi Sombrero bersama-sama nanti. |
Sir Kimi | Canva Wonderland: Raya Edition Sukakan aktiviti reka cipta menggunakan aplikasi Canva? Jangan lepaskan peluang untuk terokai perjalanan reka cipta Canva bersama Sir Kimi. Banyak tips dan tricks penggunaan Canva akan dikongsi oleh Sir Kimi. Paling best kali ni kita bawakan edisi raya tau. Agak-agak Sir kimi nak buat apa tu? |
Teacher Nadia | Annyeong Korea, 2.0! Disebabkan hari tu macam tak puas kan belajar bahasa Korea, kali ni Teacher Nadia kembali dalam program Annyeong, Korea! siri yang kedua. Pada siri kali ini, kita akan fokuskan pada penulisan dan penggunaan bahasa Korea iaitu Hangul dalam kehidupan seharian. Rugi kalau tak join! |
Cikgu Irfan & Cikgu Izham | World Discovery Adakah anda suka ‘travel’ dan bersiar-siar melihat keindahan dan keunikan sesuatu tempat? Jom terokai destinasi pelancongan yang best dan unik di seluruh dunia bersama Cikgu Irfan dan Cikgu Izham! Menariknya kali ini, anda juga akan diajar cara untuk menghasilkan brosur bertemakan pelancongan menggunakan aplikasi Canva. |
Cikgu Humairah | Art of Origami Tahu tak origami merupakan seni melipat kertas yang popular berasal dari Jepun? Mari kita belajar cara membuat origami pelbagai bentuk yang mudah serta menarik bersama Cikgu Humairah. Sebelum itu, anda juga akan didedahkan dengan sejarah dan kisah keunikan origami dalam program ini. |
Miss Belle | Musical Train of Thoughts: Songwriting Pernah tak terfikir nak hasilkan lagu sendiri? Jom ikuti perjalanan seni dalam penghasilan lagu anda bersama Miss Belle. Bukan itu sahaja, Miss Belle akan tunjukkan cara untuk membaca ‘basic chords’ dalam penghasilan lagu dan penggunaan alat muzik. Eh, best sangat ni! |
Live Tuition: Adventure Camp ni buat dekat mana? Right inside the app! Young Pandai semua boleh sertai program ini secara atas talian melalui aplikasi Pandai.
Bukan itu sahaja! Setiap peserta program ini akan mendapat lencana ekslusif dan e-sijil dalam aplikasi Pandai!
Jadual Live Tuition Adventure Camp
Tunggu apa lagi? Rugi tau tak join!
Jangan lepaskan peluang menarik untuk belajar sambil have fun dan sertai Live Tuition: Adventure Camp! Senang je nak Pandai!
Muat turun aplikasi Pandai sekarang di Google Play atau App Store.
Jangan lupa ikuti Pandai di media sosial juga!
FB: @pandaiofficial
Instagram:@pandaiofficial
Twitter: @pandaiofficial
Tiktok: @pandaiofficial