GET PANDAI APP NOW

ArticlesPandai

Dari Susah Ulang Kaji hingga Berebut Naik Ranking

Setiap ibu bapa pastinya ingin melihat anak mereka cemerlang dalam pelajaran. Begitu juga dengan Puan Mariati binti Muhammad, seorang guru dan ibu kepada Muhammad Hafiy Irfan. Sebagai seorang pendidik, beliau faham betapa pentingnya anak-anak mempunyai cara pembelajaran yang sesuai dengan minat dan gaya mereka. Namun, sebelum mengenali Pandai App, Hafiy seperti kebanyakan pelajar lain, sering menghadapi cabaran dalam mengurus masa belajar dengan berkesan.

“Susah nak ulang kaji, banyak main game, buang masa.” 

Begitulah gambaran awal Puan Mariati mengenai tabiat belajar Hafiy sebelum menggunakan aplikasi Pandai. Hafiy lebih gemar bermain permainan video, sukar untuk fokus ketika ulang kaji, dan kerap kali membuang masa tanpa hala tuju pembelajaran yang jelas. Waktu belajarnya juga tidak menentu. Menurut Puan Mariati, Hafiy lebih selesa belajar pada waktu santai, tanpa jadual tetap. Kadangkala, dia akan belajar sambil menonton televisyen atau selepas bermain. 

“Dia orang lebih kepada fleksibel, ambil masa sendiri untuk belajar bila rasa sesuai,” tambah Puan Mariati lagi.

Segalanya berubah apabila Hafiy mula mengenali Pandai App sekitar tahun 2020, hasil daripada tontonan video di YouTube. Dari sekadar mencuba, Hafiy mula menunjukkan perubahan ketara dalam cara dia belajar. Pandai App memperkenalkan sistem pembelajaran gamifikasi — di mana pelajar bukan sahaja belajar, malah bersaing secara sihat dalam sistem ranking serta mengumpul token sebagai ganjaran. Sistem seperti leaderboard, kuiz interaktif, cabaran harian dan hadiah digital menjadikan pembelajaran lebih menarik dan menyeronokkan.

Menurut Puan Mariati, perubahan paling ketara berlaku apabila anak-anaknya berlumba-lumba menggunakan Pandai App setiap hari. “Bila mereka mula menggunakan aplikasi Pandai ni, mereka semua dah berlumba-lumba. Yang pertama nak ranking yang kat atas, kemudian nak kejar reward tu nak tebus token.” jelas beliau. Setiap kali berjaya menyelesaikan soalan yang sukar, Hafiy akan berasa seronok dan bangga dengan pencapaian sendiri. Malah, apabila gagal, dia tidak mudah putus asa, sebaliknya akan membuat pengulangan soalan untuk memperbaiki kesilapan.

Lebih menggembirakan, walaupun sudah lama menggunakan Pandai Premium, anak-anak Puan Mariati tidak pernah menunjukkan rasa bosan atau ingin berhenti. “Setakat ni tiada. Mereka masih seronok menggunakan dan berebut nak guna aplikasi Pandai ni,” katanya. Ini membuktikan bagaimana pendekatan pembelajaran secara interaktif, fleksibel dan menyeronokkan mampu mengekalkan minat anak-anak dalam jangka masa panjang.

Sebagai seorang ibu dan juga guru, Puan Mariati mempunyai pesanan penting kepada ibu bapa lain yang mungkin masih ragu-ragu untuk mencuba Pandai App. “Aplikasi Pandai ni sebenarnya murah berbanding kita hantar tuition yang lain. Lepas tu dia interaktif, mudah, dan yang best anak boleh claim reward.” katanya penuh yakin. Tambahan pula, dengan adanya Pandai App, ibu bapa tidak lagi perlu risau soal pembelajaran tambahan anak yang mahal atau kurang fleksibel.

Bagi mereka yang ingin melihat anak belajar dengan cara yang lebih menyeronokkan, interaktif, serta selari dengan dunia digital hari ini — Pandai App adalah pilihan terbaik.

Muat turun sekarang di Google Play atau App Store dan alami sendiri perubahan cara belajar generasi baru dan sertai ribuan pelajar lain yang dah jumpa gaya belajar yang lebih fleksibel, interaktif dan menyeronokkan.

Belajar cara anda. Jadi luar biasa, bermula hari ini.