GET PANDAI APP NOW

NewsPandai

JADUAL TERKINI TARIKH PELAKSANAAN SPM 2022 – 2023

Lembaga Peperiksaan Malaysia telah memuktamadkan jadual peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) dan Ujian Pencapaian Bahasa Antarabangsa (UPBA) 2022 yang akan berlangsung pada bulan Februari dan Mac 2023.

Berikut ialah tarik terkini yang dikongsikan oleh Lembaga Peperiksaan Malaysia untuk peperiksaan SPM, khususnya untuk calon-calon yan bakal menduduki peperiksaan ini:

JADUAL WAKTU:

UJIAN BERTUTUR BAHASA MELAYU

UJIAN MENDENGAR BAHASA MELAYU 

UJIAN BERTUTUR BAHASA INGGERIS

UJIAN MENDENGAR BAHASA INGGERIS

UJIAN AMALI SAINS

JADUAL  WAKTU PEPERIKSAAN BERTULIS:

ARAHAN AM

  1. Calon wajib menduduki semua kertas peperiksaan bagi mata pelajaran yang didaftar. Calon yang tidak menduduki mana-mana kertas peperiksaan bertulis atau melaksanakan Ujian Bertutur, Ujian Mendengar, Ujian Lisan, Ujian Amali Sains dan Kerja Kursus akan dianggap TIDAK HADIR bagi mata pelajaran berkenaan. Calon yang tidak dapat menduduki atau tidak hadir sesuatu kertas peperiksaan dikehendaki mengemukakan dokumen sokongan seperti surat perakuan doktor atau surat kebenaran khas Pengarah Peperiksaan. Dokumen sokongan ini hendaklah diserahkan kepada Ketua Pengawas Peperiksaan/Ketua Pentaksir Pusat Ujian/Ketua Pentaksir (Assessor) / Ketua Pengawas Amali sebelum tamat tempoh peperiksaan SPM 2022.
  1. Calon hendaklah menyemak butiran pada Pernyataan Pendaftaran Peperiksaan sebelum peperiksaan. Calon hendaklah memaklumkan kepada pihak JPN sekiranya terdapat kesilapan maklumat dan mengisi Borang Pembetulan Maklumat Calon. Calon dikenakan bayaran RM30.00. Pembayaran hendaklah dibuat kepada pihak JPN atas nama Akauntan Negara Malaysia menggunakan Kiriman Wang/Wang Pos.
  1. Calon hendaklah mengemukakan Pernyataan Pendaftaran Peperiksaan kepada Ketua Pengawas Peperiksaan/Ketua Pentaksir Pusat Ujian/Ketua Pentaksir (Assessor)/Ketua Pengawas Amali di pusat peperiksaan selain dari pusat peperiksaan asal calon. Ketua Pengawas Peperiksaan/Ketua Pentaksir Pusat Ujian/Ketua Pentaksir (Assessor)/Ketua Pengawas Amali hendaklah menyemak maklumat calon dan maklumat mata pelajaran sebelum membenarkan calon menumpang di pusat peperiksaan seliaannya.
  1. Calon hendaklah membaca Garis Panduan dan Arahan Peperiksaan yang dinyatakan dalam Jadual Waktu Peperiksaan SPM 2022 dan menandatangani Borang Pengakuan Calon.

Jadual waktu peperiksaan/ujian ini juga boleh dimuat turun melalui portal rasmi Lembaga Peperiksaan di pautan berikut : Jadual waktu peperiksaan SPM 2022-2023

Oleh itu, semua calon diingatkan untuk merujuk jadual peperiksaan untuk maklumat mengenai hari, masa, kod, dan kertas peperiksaan serta arahan penulisan yang diperlukan.

Pelajar boleh bersiap sedia untuk menjawab SPM dengan mengulang kaji menggunakan aplikasi pandai. Terdapat nota ringkas, buku teks, latihan dan soalan tahun lepas mengikut subjek dan silibus yang diperkenalkan di sekolah khas buat pelajar tingkatan 4 & 5. 

Log in and register at www.pandai.org

Download Pandai App at Google Play or App Store.

FB: @pandaiofficial

Instagram:@pandaiofficial

Twitter: @pandaiofficial

Tiktok: @pandaiofficial

Blog: blog.pandai.org

Related posts
PandaiProgram

Pandai Nak Bagi Duit Raya RM100 - Ceria Ramadan Raya is BACK!

Articles

Jadual Waktu Solat bagi Bulan Ramadan 1443H / 2024M

NewsPandai

Pandai Partners With MCPA To Empower Youth for Work Readiness!

Pandai

Jom SCORE dengan Strategi Kemahiran Belajar Top Students di Malaysia!