GET PANDAI APP NOW

Pandai

Jom kenal : Apa itu Badge bagi Score & Streak

Dalam Pandai, anda pasti mengetahui dan melihat terdapat badge atau lencana di bahagian ‘Pencapaian’ atau ‘Achievement’.

Tahukah anda apa fungsi badge iaitu Lencana Skor dan streak ini? Terutama penggunaan kedua-dua ini, macam mana dalam Pandai?

Baiklah, kali ini, ingin kami akan bongkarkan dan beritahu apa itu dan fungsinya sekali ‘Badge’ iaitu ‘Skor’ dan ‘Streak’ dalam Pandai!

Badge atau Lencana

Badge atau lencana dalam Pandai merupakan lencana atau reward pencapaian yang Pandai sediakan buat pelajar. Ianya bertujuan memberi motivasi buat pelajar agar terus berusaha dalam menjawab soalan dan belajar berterusan dengan Pandai.

Apa itu Badge Score atau Lencana Skor

Badge Score atau Lencana Skor merupakan mata yang dikumpul oleh para pelajar menjawab dalam Pandai. Setiap markah yang mereka betul semasa menjawab kuiz mahupun soalan-soalan topikal dan ujian serta sebagainya, akan direkod dalam lencana skor ini. Hah, menarik!

Dekat sini juga dalam lencana skor ini juga akan merujuk dan bakal menentukan ranking atau kedudukan anda dalam Pandai.

Nak dapat lencana skor banyak? Senang!
Tips: Jawab soalan dalam Pandai setiap hari. Jawab bersungguh-sungguh agar semua jawapan anda Betul!

Apa itu Badge Streak atau Lencana Streak

Badge Streak atau Lencana Streak adalah pengumpulan mata atau lencana yang diperoleh oleh para pelajar yang berterusan menjawab soalan dalam Pandai. Para pelajar ini tidak pernah ketinggalan menjawab soalan dalam Pandai. Lencana ini dapat menunjukkan penggunaan pelajar yang aktif secara berterusan.

Jadi bagaimana nak skor lencana streak ini?
Mudah sahaja. Jika anda lihat, lencana tersebut ada bilangan hari tertentu. Ya, ikut sahaja bagi mendapatkan lencana tersebut. Sebagai contoh untuk mendapatkan lencana streak pertama memerlukan 2 hari.
Tips: Jawab soalan Pandai dalam 2 hari berterusan. Jangan tinggal pada hari esoknya. Kalau anda tinggal, streak akan mengira semula pada hari seterusnya sebagai hari pertama. Dah membazir, kan! Jadi jangan ‘stop’ buat Pandai. Hehe

Hah, bagaimana? Jelas tak apa itu Lencana skor dan Lencana Streak? Senang dan mudah!

Apapun, tetap buat Pandai setiap hari.

Bagi yang belum berdaftar dengan Pandai. Jom daftar secara percuma di laman web, www.pandai.org atau download Aplikasi Pandai di Google Playstore atau Apple Store.

Jangan lupa follow media sosial Pandai untuk mendapatkan berita-berita terbaru dari Pandai. 

FB: @pandaiofficial
Instagram:@pandaiofficial
Twitter: @pandaiofficial
Tiktok: @pandaiofficial
Blog: blog.pandai.org

Nak Pandai? Daftar je dengan Pandai!

#SenangJeNakPandai

Related posts
PandaiProgram

Pandai Nak Bagi Duit Raya RM100 - Ceria Ramadan Raya is BACK!

Articles

Jadual Waktu Solat bagi Bulan Ramadan 1443H / 2024M

NewsPandai

Pandai Partners With MCPA To Empower Youth for Work Readiness!

Pandai

Jom SCORE dengan Strategi Kemahiran Belajar Top Students di Malaysia!