GET PANDAI APP NOW

ArticlesPandai

Kesilapan yang sering dilakukan oleh calon peperiksaan ketika SPM dan cara untuk mengelakkannya

Ujian Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) sudah semakin hampir. Tekanan dan debaran yang tinggi bagi pelajar SPM untuk memperoleh gred yang cemerlang tetapi pelajar ada kecenderungan untuk melakukan kesilapan terhadap cara ulangkaji mereka. Dalam artikel ini, kita akan membincangkan beberapa kesilapan yang sering dilakukan oleh calon peperiksaan ketika mereka mengulangkaji bagi peperiksaan SPM dan memberikan tips bijak bagaimana untuk mengatasi kesilapan tersebut.

Tidak belajar secara kerap atau tidak memberikan masa yang cukup untuk setiap subjek

Satu daripada kesalahan paling sering dilakukan oleh pelajar adalah tidak mengulangkaji secara kerap dan tidak memberikan masa yang cukup untuk setiap subjek. Ini boleh menyebabkan kurangnya pemahaman dan pengetahuan pembelajaran yang lemah, membuatkan sukar untuk mendapatkan prestasi yang baik dalam SPM. Untuk mengelakkan kesalahan ini, pelajar harus membuat jadual belajar untuk setiap subjek serta memberi masa yang mencukupi mengikut subjek itu.

Terlalu banyak membaca tetapi tidak memahami isi kandungan topik itu

Calon peperiksaan selalunya akan membaca setiap topik tanpa memahami isi kandungan topik itu. Cara ini tidak boleh digunakan kerana ianya akan menyebabkan pelajar lupa apa yang mereka telah pelajari ketika menjawab ujian SPM. Untuk mengelakkan kesilapan ini, pelajar harus fokus terlebih dahulu terhadap topik yang sukar dan memahaminya kemudian fokus kepada topik yang senang buat pelajar itu.

Kurang membuat latihan kertas soalan percubaan SPM

Berlatih kertas soalan tahun lepas dan kertas soalan percubaan adalah penting bagi pelajar untuk membiasakan diri dengan format dan jenis soalan yang mungkin muncul dalam ujian SPM. Apabila pelajar tidak cuba untuk mempraktikkan langkah penting ini boleh menyebabkan pelajar untuk tidak bersedia menjawab format soalan SPM. Untuk mengelakkan kesilapan ini, pelajar hendaklah kerap untuk menjawab kertas soalan tahun lepas supaya dapat membiasakan diri dengan format soalan SPM.

Tidak meminta bantuan atau penjelasan tentang topik yang sukar

Beberapa pelajar mungkin merasa malu untuk meminta bantuan atau penjelasan tentang topik yang sukar kepada guru atau rakan mereka. Ini akan mengakibatkan pelajar untuk tidak memahami topik itu sepenuhnya. Bagi mengelakkan perkara ini, Pelajar harus meminta bantuan dari guru atau teman sekelas mereka, dan hendaklah berani untuk meminta penjelasan tentang topik tersebut.

Tidak menyemak semula jawapan sebelum menyerahkan kertas soalan

Tidak memeriksa semula jawapan anda sebelum menyerahkan kertas soalan adalah kesilapan yang biasa yang dilakukan oleh para pelajar. Ini akan mengakibatkan pelajar kehilangan markah kerana tersalah ejaan atau tersilap menggunakan formula yang betul. Pelajar harus mengambil waktu untuk memeriksa dan menyemak semula jawapan pelajar supaya soalan itu dijawab dengan sempurna dan baik.

Kesimpulannya, ujian Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) menjadi semakin kompetitif dan mencabar bagi pelajar, dan mudah untuk pelajar membuat kesilapan yang boleh mempengaruhi keputusan SPM mereka. Kesilapan yang biasa dilakukan oleh pelajar semasa ujian SPM seperti tidak belajar secara kerap, membazir masa belajar, tidak mempraktikan kertas soalan tahun lepas, tidak meminta bantuan atau penjelasan, dan tidak menyemak semula jawapan mereka dan banyak lagi. Dengan mengelakkan kesilapan seperti ini, pelajar boleh meningkatkan peluang mereka untuk mendapatkan prestasi yang cemerlang untuk SPM kelak.

Calon peperiksaan boleh menjawab dan melakukan ulangkaji kertas soalan tahun lepas dengan menggunakan aplikasi Pandai. Terdapat fungsi latihan peperiksaan SPM buat pelajar tingkatan 5 dimana mereka boleh menjawab soalan tahun lepas. Pelajar juga boleh menyertai kelas tuisyen live yang akan dibimbing oleh tutor profesional Pandai.

Log in and register at www.pandai.org

Download Pandai App at Google Play or App Store.

FB: @pandaiofficial

Instagram:@pandaiofficial

Twitter: @pandaiofficial

Tiktok: @pandaiofficial

Blog: blog.pandai.org

Related posts
PandaiProgram

Pandai Nak Bagi Duit Raya RM100 - Ceria Ramadan Raya is BACK!

Articles

Jadual Waktu Solat bagi Bulan Ramadan 1443H / 2024M

NewsPandai

Pandai Partners With MCPA To Empower Youth for Work Readiness!

Pandai

Jom SCORE dengan Strategi Kemahiran Belajar Top Students di Malaysia!