
Siapa sangka, seorang pelajar yang pernah rasa tak semangat belajar, kini berdiri megah sebagai antara pelajar terbaik di Pandai App malah pernah capai nombor satu dalam carta leaderboard seluruh Malaysia. Inilah kisah inspirasi Muhammad Hafiy Irfan bin Mohd Ekrul Rizal, pelajar berumur 16 tahun dari Sekolah Menengah Agama Majlis Agama Islam Wilayah, yang membuktikan bahawa pelajar biasa juga mampu cipta kejayaan luar biasa, jika diberi peluang dan platform yang tepat.
Hafiy bukan dilahirkan dalam suasana yang penuh tekanan akademik, tapi dia tahu sejak kecil yang dia ingin berjaya. Anak sulung dalam keluarga, Hafiy pernah melalui fasa di mana dia cepat putus asa dan sukar faham pelajaran. Dia mengaku, “Dulu saya memang malas nak belajar, cepat down bila tak faham, dan selalu rasa lemah semangat.” Namun di sebalik sifat pendiam dan cabaran itu, Hafiy menyimpan cita-cita besar yang ingin menjadi seorang ahli ekonomi yang berjaya. Dengan minat membaca dan kagum terhadap tokoh hebat seperti Albert Einstein, Hafiy mula perlahan-lahan mencari cara belajar yang sesuai dengan dirinya.
Segalanya berubah pada tahun 2022 apabila Hafiy terjumpa promosi Pandai App di YouTube. Dari sekadar mencuba sebagai pengguna percuma, dia mula jatuh cinta dengan cara Pandai membina semangat pelajar melalui nota berwarna-warni, kuiz interaktif dan sistem battle yang menyeronokkan. Dua tahun sebagai free user membuka matanya terhadap potensi sebenar aplikasi ini. Kemudian, Hafiy naik taraf ke Pandai Premium, dan di situlah perkembangan drastik mula berlaku. Dia mula belajar lebih teratur, fokus pada topik yang lemah, dan buat ulangkaji ikut jadual sendiri dimana semuanya dalam satu aplikasi.
Apa yang Hafiy paling suka tentang Pandai ialah sistem battle dan ujian topikal. Ia bukan saja membantu ulangkaji, malah membina keyakinan diri. Hafiy seronok bersaing dengan pelajar lain, dan lebih mengujakan, dia pernah capai kedudukan nombor satu dalam carta keseluruhan pelajar di Malaysia.
“Waktu tu saya terkejut sangat. Rasa macam tak percaya nama saya paling atas. Tapi saya tahu, itu hasil saya konsisten hari-hari,” katanya.
Kini, Hafiy lebih yakin dalam kelas. Bila guru bertanya, dia tak lagi menyorok di belakang. Dia tampil ke depan, angkat tangan dan cuba jawab. Rakan-rakan pun mula perasan perubahan dirinya. Dia tak lokek berkongsi malah pernah bantu kawan yang nak mula guna Pandai, tunjukkan cara guna quiz dan battle, dan ajar cara topup nyawa untuk teruskan latihan. Baginya, kejayaan bukan untuk disimpan sendiri, tapi untuk dikongsi.
Hafiy menggunakan Pandai Premium sepenuh hati, dan bercadang untuk terus menggunakannya hingga Tingkatan 5. Subjek kegemarannya ialah Ekonomi, Sains dan English yang kini jadi rutin harian untuk dia ulangkaji. Pandai telah bantu Hafiy ubah cara belajar, dan lebih penting lagi, ubah cara dia melihat dirinya sendiri.
“Saya tak rasa saya genius, tapi saya tahu saya konsisten. Dan Pandai bantu saya teruskan.”
Kalau Hafiy boleh mulakan perubahan hanya dengan satu klik, anda pun boleh.
Muat turun Pandai App hari ini di go.pandai.org/download dan sertai ribuan pelajar lain yang dah jumpa gaya belajar yang lebih fleksibel, interaktif dan menyeronokkan.
Belajar cara anda. Jadi luar biasa, bermula hari ini.