GET PANDAI APP NOW

Articles

Lagi-lagi Jerebu! Punca dan kesan yang perlu kita fahami

Hampir setiap tahun, negara kita tidak terlepas daripada jerebu, yang menjadi punca utama pencemaran udara dan pelbagai jenis penyakit. Apa yang sepatutnya kita ketahui mengenai fenomena ini?

Setiap tahun, fenomena ini semakin bertambah teruk, dan ia sering mengakibatkan penutupan sekolah. Bukan pembelajaran sahaja tergendala, produktiviti kita juga terganggu. Tak best betul! Jadi, apa yang menyebabkan perkara ini berlaku? Dan bagaimana kita boleh mengelakkannya?

Apa itu jerebu?

Jerebu ini adalah salah satu fenomena pencemaran udara yang kerap berlaku di negara kita. Jerebu berlaku apabila terdapat pertambahan partikel-partikel halus dalam atmosfera yang mengganggu penembusan cahaya matahari dan menyebabkan suasana menjadi kelam. Untuk kita faham lebih mendalam, jom kita fahamkan macam mana boleh jadinya jerebu ni. Apa punca dia?

1. Pembakaran Hutan

Punca utama jerebu adalah pembakaran hutan. Kenapa orang bakar hutan? Biasanya, ini berlaku sebab mereka nak buat ladang baru atau membuka kawasan untuk pembinaan. Apabila hutan diberi salam api, asapnya terhasil. Asap daripada pembakaran ini boleh berlepas ke udara dan menjadikan jerebu. Ia tidak hanya menjejaskan alam sekitar, tetapi juga kesihatan manusia.

2. Pencemaran Udara

Selain daripada pembakaran hutan, pencemaran udara juga menjadi punca jerebu. Ini berlaku apabila udara menjadi kotor disebabkan oleh asap dari kenderaan bermotor dan kilang-kilang. Kenderaan bermotor seperti kereta dan lori mengeluarkan asap yang mengandungi pelbagai bahan kimia dan habuk ke udara. Kilang-kilang pula boleh membebaskan bahan pencemar ke udara. Kesemua ini menyebabkan kualiti udara terjejas dan menjadikan jerebu semakin teruk.

3. Pengaruh Cuaca

Selain punca antropogenik (punca disebabkan oleh aktiviti manusia), cuaca juga mempunyai pengaruh terhadap jerebu. Kadang-kadang, cuaca yang tidak mengizinkan angin kuat atau hujan boleh membuatkan asap dan habuk terperangkap dalam satu tempat. Ini menyebabkan jerebu lebih teruk dan berpanjangan. Keadaan cuaca seperti El Nino juga boleh meningkatkan risiko jerebu.

Dalam kesemua punca-punca ini, satu perkara yang jelas adalah pengaruh manusia memainkan peranan penting dalam mencetuskan jerebu. Oleh itu, penting untuk kita sedar betapa pentingnya menjaga alam sekitar dan mengurangkan aktiviti yang boleh mencemarkan udara. Dengan cara ini, kita boleh membantu mengelakkan jerebu daripada terjadi serta memastikan udara yang kita hirup adalah lebih bersih dan sihat.

Apa kesan jerebu dekat kesihatan?

Kalau kita terdedah dengan jerebu dalam jangka masa yang pendek, mata, hidung, dan tekak anda mungkin akan mengalami ketidakselesaan. Risiko penyakit jantung dan paru-paru juga akan meningkat apabila terdedah kepada jerebu.

Tapi kalau kita terdedah dengan jerebu dalam tempoh yang panjang, sistem peredaran darah boleh terjejas dan meningkatkan risiko penyakit vaskular. Jerebu juga berkait rapat dengan peningkatan risiko kematian akibat penyakit kardiovaskular dan boleh mengurangkan jangka hayat seseorang.

Golongan yang lebih lemah seperti bayi dan warga emas berada dalam kumpulan risiko yang lebih tinggi semasa berlakunya jerebu. Contohnya, sistem pernafasan bayi, terutamanya yang baru dilahirkan, amat sensitif terhadap kualiti udara yang tercemar. Jerebu boleh meningkatkan risiko penyakit asma atau bronkitis jika saluran pernafasan mereka terjejas. Selain itu, jerebu juga mampu menyebabkan ketidakselesaan pada hidung, tekak, kulit, dan mata bayi, yang boleh berakhir dengan masalah ruam kulit.

Sementara itu, golongan warga emas mempunyai sistem jantung yang lebih rapuh. Ini menjadikan mereka lebih rentan kepada gangguan pernafasan seperti batuk dan bersin semasa berdepan dengan jerebu. Khususnya bagi individu yang menghidap penyakit kronik dan masalah jantung, kesan jerebu boleh menjadi lebih serius, terutamanya apabila mencapai tahap yang membimbangkan.

Jaga kesihatan dan keselamatan diri!

Secara amnya, ada banyak perkara yang boleh menyebabkan jerebu. Antaranya pembakaran hutan, pencemaran udara, dan pengaruh cuaca semuanya boleh menyebabkan jerebu. Jadi, kita perlu jaga alam sekitar kita dan berusaha untuk mengurangkan pencemaran udara supaya gaya hidup lebih bersih, sihat, dan selamat.

Untuk adik-adik yang nak ketahui lebih lanjut tentang punca, kesan, dan penjelasan lebih mendalam tentang pencemaran udara, jom baca nota Pandai! Muat turun aplikasi Pandai sekarang!

Related posts
NewsPandai

Persediaan Pentaksiran Kemasukan Sekolah Khusus (PKSK) 2024/2025 dalam Projek Level Up Pandai!

CorporateNews

GOOD NEWS! Pandai Achieves ISO 27001:2022 Certification

PandaiProgram

FINALIST ANNOUNCEMENT & ANSWER REVEAL! - Brain Buster Challenge 2024

PandaiProgram

BRAIN BUSTER CHALLENGE: Unlock Your Mind and Solve The IMPOSSIBLE!