GET PANDAI APP NOW

ArticlesPandai

Langkah-Langkah Perangi Berita Palsu;Tidak Pasti Jangan Kongsi.

Jika anda termasuk golongan yang suka menyebar berita palsu atau berkongsi sesuatu maklumat yang anda tidak pasti akan kesahihannya. Teruskan membaca!

Internet dan penggunaan media sosial telah menjadi basahan hidup dalam masyarakat majmuk. Penggunaan Internet dan media sosial kini seolah-olah menjadi wadah penghurai masalah yang utama bagi sesetengah orang, terutamanya golongan muda yang selalu leka akan dunia hiburan. Lebih-lebih lagi pada era digital ini, semua golongan pelbagai peringkat hanya mengunakan teknologi untuk berkomunikasi, bekerja dan belajar. 

Malangnya, apa yang tidak diketahui ramai, Internet menggunakan kaedah “hi-tech” yang diprogram secara meluas untuk mempelajari dan merakam apa sahaja yang diinginkan oleh citarasa pengguna mereka. Ini menjadikannya lebih mencabar untuk mengenal pasti apakah sumber-sumber maklumat itu sebenarnya adalah sumber-sumber asli yang kita inginkan?

Penggunaan media sosial semakin popular dalam kehidupan masyarakat, timbulnya beberapa impak negatif secara tidak langsung. Sebagai contoh, kita sering lihat pelajar-pelajar berkomunikasi di media sosial seperti Facebook, Twitter, Instagram, Path, Pinterest hingga Google untuk penyampaian maklumat. Teknologi di hujung jari dan kemudahan internet ini membawa manafaat dan dalam masa yang sama keburukan kepada masyarakat sekiranya disalah guna. 

Sejak pandemik, media sosial dikenalpasti sebagai medium yang berpengaruh untuk menyebarkan sejumlah besar berita yang tidak ditapis. Kementerian Kesihatan memberi amaran kepada orang ramai supaya tidak menyebarkan berita palsu atau tidak disahkan. Bagi menangani berita palsu yang tersebar kian berleluasa, rakyat Malaysia diberikan panduan untuk mengetahui sama ada sesuatu berita itu benar atau tidak dengan merujuk website SEBENARNYA.MY. Maklumat yang diperolehi dapat membantu kesahihan fakta.

Sebagai contoh; penyebaran berita palsu yang paling terkenal adalah berkaitan dengan pengisytiharan cuti umum dan topik-topik yang akan keluar dalam SPM. 

Hal ini kerana sebahagian masyarakat atau pelajar kita terlalu seronok dengan berita itu sehingga tidak mengesahkan terlebih dahulu berita itu sahih ataupun sebaliknya dan terus menyebarkanya. Apabila berlakunya ketidaktepatan maklumat yang disebarkan ianya akan menimbulkan perasaan binggung dalam kalangan masyarakat. Oleh itu, kita hendaklah beretika dalam menyampaikan maklumat agar tidak mengelirukan masyarakat.

Secara keseluruhannya, media massa dan media sosial merupakan alat telekomunikasi yang penting pada era kini namun kita mestilah berhati-hati terhadap pengaruh penyebaran berita dan maklumat melalui media sosial sama ada telah atau belum ditapis. Akhir sekali, bagi mengatasi kesan negatif, beberapa langkah haruslah diambil sebelum isu ini tidak dapat dikawal. Dengan ini, setiap pengguna, ibu bapa, masyarakat dan kerajaan haruslah berganding bahu menyelesaikan isu ini dengan baik. Misalnya Pandai Parent, aplikasi yang mudah untuk memantau anak-anak ketika belajar dan prestasi mereka. Dengan ini dapatlah kita elak penyalahgunaan media sosial dan internet. 

Log in atau daftar di www.pandai.org atau;

Muat turun aplikasi Pandai sekarang di Google Play atau App Store.

Jangan lupa ikuti Pandai di media sosial juga!

FB: @pandaiofficial
Instagram:@pandaiofficial
Twitter: @pandaiofficial
Tiktok: @pandaiofficial
Blog: blog.pandai.org

#senangjenakpandai

Related posts
PandaiProgram

Pandai Nak Bagi Duit Raya RM100 - Ceria Ramadan Raya is BACK!

Articles

Jadual Waktu Solat bagi Bulan Ramadan 1443H / 2024M

NewsPandai

Pandai Partners With MCPA To Empower Youth for Work Readiness!

Pandai

Jom SCORE dengan Strategi Kemahiran Belajar Top Students di Malaysia!