GET PANDAI APP NOW

Pandai

Pandai Premium: Penstrukturan Semula Ganjaran Syiling

Pengenalan

Pengumuman buat pelajar Pandai Premium! 📢📢

Mulai 1 Oktober 2021, fungsi ganjaran syiling tanpa had akan melalui perubahan dan digantikan dengan ciri baru. Tiada lagi tanda ∞ di paparan jumlah syiling anda…

Tapi jangan risau ok! Walaupun ciri tersebut sudah dimansuhkan, anda masih akan merasai keistimewaan Premium dengan mendapat ganjaran syiling berganda dan peluang-peluang lain yang akan ditambah dari semasa ke semasa!

ada peringkat awal ini, semua pengguna Premium akan mendapat 30 syiling percuma sebagai ganjaran permulaan (sekali sahaja).

Penggunaan Fungsi Syiling

Fungsi syiling adalah pemboleh untuk anda menjalankan ulangkaji dengan kuiz harian. Untuk terus menjawab banyak-banyak soalan tanpa gangguan, berikut adalah cara menggunakan dan mengumpulkan syiling: 

✅ Lengkapkan satu set kuiz = ganjaran 1 syiling

✅ Pemilihan kuiz tidak mengikut urutan level = perlukan 1 syiling

✅ Melihat soalan tanpa menghantar jawapan = perlukan 1 syiling

Berbeza dengan akaun Pandai Basic, syiling-syiling yang terkumpul tiada tarikh luput.

Mengapa perubahan ini diperkenalkan?

✅ Meningkatkan motivasi anda dalam mengulangkaji

✅ Menyimpan syiling untuk digunakan di Pandai Shop (akan datang!)

FYI: Pandai Shop?! 🏪😯

Pandai shop adalah cetusan idea daripada pengguna Pandai yang ingin mendapatkan pelbagai barangan edisi terhad dan cenderamata yang akan dilancarkan dalam masa terdekat.

Nantikan maklumat terkini daripada Pandai Team berkenaan dengan Pandai Shop dan penggunaan syiling di Pandai Shop.

Kesimpulan

Pelajar Premium akan tetap mendapat fungsi-fungsi istimewa di Pandai, walaupun melalui perubahan ciri syiling ini. Selain daripada melangkau level kuiz dan kemudahan ketika berbelanja di Pandai Shop, kami bakal mengeluarkan pelbagai ciri-ciri lain untuk melengkapkan fungsi “kumpul syiling” yang terkini ini.

Nantikan ciri-ciri terbaru lain di Pandai. Kumpullah syiling mulai sekarang dan rancang perbelanjaan syiling anda dengan bijak! 😉

Log in atau daftar di www.pandai.org di web

Muat turun aplikasi Pandai sekarang di Google Play atau App Store.

Jangan lupa ikuti Pandai di media sosial juga!

FB: @pandaiofficial
Instagram:@pandaiofficial
Twitter: @pandaiofficial
Tiktok: @pandaiofficial
Blog: blog.pandai.org

#senangjenakpandai

Related posts
PandaiProgram

Pandai Nak Bagi Duit Raya RM100 - Ceria Ramadan Raya is BACK!

Articles

Jadual Waktu Solat bagi Bulan Ramadan 1443H / 2024M

NewsPandai

Pandai Partners With MCPA To Empower Youth for Work Readiness!

Pandai

Jom SCORE dengan Strategi Kemahiran Belajar Top Students di Malaysia!