
“Guru Pemacu Reformasi Pendidikan” adalah tema yang tepat menggambarkan peranan strategik guru sebagai penggerak utama dalam proses transformasi sistem pendidikan. Guru juga memainkan peranan besar dalam membentuk masa depan yang lebih progresif dan berdaya saing.
Tanggal 16 Mei bukan sekadar tarikh dalam kalendar. Ia adalah hari untuk kita menghargai insan yang tidak pernah jemu mencurah ilmu, membimbing, dan membina sahsiah anak-anak bangsa. Guru bukan sekadar mengajar.✨ Guru membentuk jiwa, menyemai nilai, dan menyalakan harapan dalam diri setiap pelajar. Di sebalik senyuman yang sabar, ada letih yang disembunyikan. Di sebalik suara yang tegas, ada kasih yang tulus.❤️😊
Untuk semua guru di bandar dan di pedalaman, di sekolah rendah atau menengah, di bilik darjah fizikal atau maya, anda adalah wira sebenar.
Terima kasih, cikgu. Kerana keikhlasan dan pengorbanan anda, ramai yang berjaya menjejak impian. Dunia ini lebih cerah kerana cahaya yang cikgu nyalakan setiap hari.
Untuk itu, sempena Hari Guru 2025 ini, Pandai Teacher ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua pendidik di seluruh Malaysia dengan satu tawaran istimewa khas untuk semua cikgu!🤭👀
Apa itu Pandai Teacher?
Pandai Teacher ialah platform digital yang membantu guru menyediakan pengajaran dengan lebih mudah dan berkesan. Dengan pelbagai ciri seperti:
- AI PBot & Magic Tool
- eRPH
- Bina Kuiz (Quiz Builder)
- Pengurusan Kelas & Kursus(Class & Course Management)
- eLADAP
- Papan Pemuka Sekolah dan Guru (Dashboard)
…semuanya direka khas untuk memudahkan kerja cikgu dan menjimatkan masa.
Istimewa Sempena Hari Guru: Langgan Premium Dengan Harga Diskaun!
Mulai 14 hingga 22 Mei 2025, anda boleh tebus kupon diskaun dan nikmati langganan Pandai Teacher Premium hanya pada RM30 sebulan (harga asal RM35)!
- Kod Promosi: HARIGURU2025
- Tempoh Tebus: 14 – 22 Mei 2025 sahaja
- Harga Promosi: RM30/bulan (jimat RM5 setiap bulan!)
- Harga kekal — tidak akan naik semula selagi cikgu terus melanggan!
Nota penting: Jika cikgu tebus dalam tempoh promosi, harga kekal RM30/bulan untuk selamanya melainkan cikgu berhenti langganan.

Ingin Tahu Cara dan Perbezaan Pelan Basic & Premium?
Cikgu nak naik taraf ke Pandai Teacher Premium, tapi masih keliru dengan ciri-ciri yang ditawarkan? Jangan risau, semuanya mudah dan jelas! 👍
Langkah mudah:
Log masuk ke akaun cikgu, kemudian klik pada menu ‘Langgan Premium’ di profil. Atau, terus sahaja ke pautan berikut: 🔗 Langgan Premium
- Untuk lihat perbandingan penuh antara pelan Basic dan Premium, cikgu boleh lawati: 🔗 Pandai Teacher – Perbandingan Pelan
- Jom buat pilihan terbaik untuk mudahkan kerja cikgu, dan tingkatkan impak pengajaran kepada para pelajar!
Jangan Lepaskan Peluang Ini!
Sebagai guru, anda layak mendapat alat bantu mengajar yang terbaik dan Pandai Teacher sedia membantu.💪 Tebus sekarang dan raikan Hari Guru dengan naik taraf ke Premium, supaya pengajaran lebih mudah, terancang dan menyeronokkan!
Terima kasih cikgu, dan Selamat Hari Guru 2025!