GET PANDAI APP NOW

Pandai

Pandai Daily Funtivities: Program Cuti Sekolah Atas Talian!

Cuti sekolah akan datang? Jom isi masa lapang dengan sesuatu yang bukan sahaja menyeronokkan, tetapi juga penuh ilmu dan kreativiti! Pandai Daily Funtivities kembali lagi — sebuah program khas cuti sekolah selama 3 hari yang direka untuk pelajar meneroka dunia Teknologi, Inovasi dan Seni Kreatif, semuanya daripada keselesaan rumah sendiri!

Apa itu Pandai Daily Funtivities?

Pandai Daily Funtivities ialah inisiatif cuti sekolah percuma untuk semua pengguna Pandai. Sepanjang 3 hari dari 2 hingga 4 Jun 2025 (Isnin hingga Rabu), pelajar akan berpeluang menyertai pelbagai bengkel dan aktiviti yang menggabungkan seni, sains, budaya dan kreativiti dalam sesi interaktif secara dalam talian.

Terbuka kepada SEMUA…

Pengguna Pandai! Tak kira anda murid sekolah rendah atau menengah, program ini direka untuk semua pelajar yang ingin meneroka sesuatu yang baharu semasa cuti sekolah.

Atas Talian SAHAJA!

Program ini dilakukan sepenuhnya atas talian!

📅 Tarikh: 2 – 4 Jun 2025 (Isnin – Rabu)
🕙 Masa: 10.00AM – 12.00PM & 2.00PM – 4.00PM
📍 Platform: Dalam talian melalui Pandai

Aktiviti menarik cuti sekolah ini!

Antara pelbagai aktiviti yang akan dijalankan sepanjang program Pandai Daily Funtivities ini adalah:

  • Art Attack: Watercolour in 3D! – Cikgu Maria
  • Write Rush: A Short Story Bootcamp – Sir Muz
  • Canva Craft: School Organizer Board – Sir Dann & Miss Farish
  • Seni Lipatan: Batik Origami – Sir Shah & Teacher Atiqah
  • Irama & Langkah: SeniRobik – Teacher Noreen
  • Science on Wheels: Balloon Car – Cikgu Irfan & Cikgu Izham
TarikhMasaNama ProgramTutorRingkasan AktivitiBahan Diperlukan
2/6/2025 (Isnin)10.00AM – 12.00PMArt Attack: Watercolour in 3D!Cikgu MariaBelajar teknik cat air 3D dan hasilkan karya seni timbul dari kertas.Kertas lukisan, cat air (merah, biru, kuning), berus lukisan, air
2.00PM – 4.00PMWrite Rush: A Short Story BootcampSir MuzBengkel penulisan cerpen dengan teknik membina plot, watak dan dialog menarik.Alat tulis, kertas
3/6/2025 (Selasa)10.00AM – 12.00PMCanva Craft: School Organizer BoardSir Dann & Miss FarishReka stiker digital dan hias papan pengurusan sekolah sambil belajar Canva.Akaun Canva, drawing tab (jika ada)
2.00PM – 4.00PMSeni Lipatan: Batik OrigamiSir Shah & Teacher AtiqahGabungan seni origami Jepun dan batik Malaysia – hasilkan karya penuh budaya dan warna!Kertas origami, pensil warna, pen, gunting, benang/tali, gam, kad manila
4/6/2025 (Rabu)10.00AM – 12.00PMIrama & Langkah: SeniRobikTeacher NoreenSenamrobik dengan elemen budaya Melayu, Cina & India.Pakaian sukan
2.00PM – 4.00PMScience on Wheels: Balloon CarCikgu Irfan & Cikgu IzhamBina kereta mini digerakkan oleh belon sambil belajar konsep tekanan & tenaga.1 belon, 4 penutup botol, 2 batang straw, lidi sate, gunting, tape, pen marker/stiker

Cara-cara sertai Pandai Daily Funtivities

1. Melalui aplikasi Pandai

  • Log in akaun Pandai.
  • Klik pada poster program yang dipaparkan dalam aplikasi Pandai pada hari program.
  • Poster tersebut hanya akan dipaparkan mengikut tarikh dan masa program.

2. Melalui web Pandai

  • Log in akaun Pandai anda melalui web.
  • Klik pada poster program yang dipaparkan di bahagian ‘home’ pada hari program.
  • Poster tersebut hanya akan dipaparkan mengikut tarikh dan masa program.

Kenapa Sertai Pandai Daily Funtivities?

✅ Aktiviti menarik dan pelbagai topik – seni, sains, reka bentuk, budaya dan kecergasan
✅ Diterajui oleh tutor-tutor berpengalaman dan menyeronokkan
✅ Percuma untuk semua pengguna Pandai
✅ Peluang untuk berkarya, bereksperimen dan belajar luar bilik darjah

Daftar Sekarang – Tempat Terhad!

Daftar sebagai pengguna Pandai sekarang di my.pandai.org dan bersedia untuk minggu yang penuh keseronokan dan ilmu!

Kalau anda ada adik, anak saudara atau rakan yang juga menggunakan Pandai, pastikan mereka tahu tentang program ini. Senang je nak Pandai!