Makluman kepada semua pelajar matrikulasi, berikut merupakan Pengumuman Tarikh Keputusan Peperiksaan Semester Program Matrikulasi (PSPM) Semester I & III Sesi 2023/2024
Tarikh: 23 Feb 2024
Masa: Bermula jam 10.00 pagi
Rujuk cara membuat semakan dalam artikel ini selanjutnya.
Berikut dikongsikan beberapa kaedah untuk anda membuat semakan keputusan Peperiksaan Matrikulasi :
I) SEMAKAN SECARA ONLINE
Kaedah dan garis panduan keputusan:
1) Layari ” http://matrikulasi.moe.gov.my “
2) Pilih Semakan Peperiksaan
3) User ID: No matrik + 6 Digit terakhir No. Kad Pengenalan
NOTA :
Sila muat turun dan simpan slip keputusan selepas melihat.
II) Melalui SMS
Langkah semakan keputusan PSPM melalui SMS :
MOE<jarak>MAK<jarak>NoKP & SMS ke 15888
III) SEMAKAN MELALUI TELEFON
Langkah semakan keputusan PSPM melalui TELEFON:
i. Kolej masing-masing.
ii. Bahagian Matrikulasi KPM melalui talian 03-8884 4083 atau 03-8884 4020
Artikel berkaitan: Program Matrikulasi KPM: Lokasi, Kursus / Jurusan, Permohonan
Permohonan Semak Semula Keputusan Peperiksaan
Permohonan semak semula boleh dibuat melalui langkah langkah berikut:
Permohonan semak semula hanya bagi keputusan PSPM hendaklah dibuat melalui kolej masing-masing.
Kadar bayaran bagi setiap kursus yang disemak semula adalah RM50.00 (tidak
termasuk caj dan cukai berkuatkuasa bagi kiriman wang/ draf bank).
- Hanya untuk Peperiksaan Semester Program Matrikulasi (PSPM) semasa sahaja.
- Permohonan semak semula keputusan PSPM dibuka bermula 22 Februari hingga 06 Mac 2024.
- Permohonan semak semula hanya bagi keputusan PSPM Semester I & III Sesi 2023/2024 dan hendaklah melalui kolej masing-masing.
Muat turun aplikasi Pandai sekarang di Google Play atau App Store.
Jangan lupa ikuti Pandai di media sosial juga!
FB: @pandaiofficial
Instagram:@pandaiofficial
Twitter: @pandaiofficial
Tiktok: @pandaiofficial