
Struggling to master basic concepts in school? Or maybe you just want to refresh what you’ve learned in class? Siri Kelas Pengukuhan is back and better than ever—100% percuma and fully designed to help students like you go #backtobasic!
Apa Itu Siri Kelas Pengukuhan?
Siri Kelas Pengukuhan ialah satu inisiatif pembelajaran percuma dari Pandai Education, khusus untuk semua pelajar sekolah rendah dan menengah di Malaysia. Selama tiga bulan (Julai – September), pelajar boleh menyertai sesi ulangkaji secara langsung di TikTok Live setiap hari Jumaat!
Sesi dikendalikan oleh tutor berpengalaman dan akan merangkumi subjek penting seperti:
- Matematik (Julai)
- Bahasa Melayu (Ogos)
- Bahasa Inggeris (September)
Dengan pendekatan pembelajaran yang lebih interaktif dan menyeronokkan, anda bukan sahaja boleh faham topik penting dengan lebih mudah, malah boleh berinteraksi terus dengan tutor secara live!

Maklumat Program:
📍 Platform: TikTok Live di @youngpandai
🗓️ Tempoh: Julai – September 2025
🕓 Hari & Masa: Setiap hari Jumaat, jam 4PM & 5PM
👨🎓 Peserta: Terbuka kepada semua pelajar sekolah rendah dan menengah
🎯 Tagline: Ilmu percuma. Jom #backtobasic!
📲 Call to Action: Follow TikTok @youngpandai sekarang untuk tidak terlepas sebarang sesi!
Jadual Kelas Pengukuhan @YoungPandai
Julai – Matematik
Tarikh | 4PM – Teacher Maria | 5PM – Sir Dann |
---|---|---|
4 Julai | Pakar Persamaan Linear | Penyelesai Masalah Hebat |
11 Julai | Raja Geometri Koordinat | Geometri Senang Je! |
18 Julai | Kuasa Kebarangkalian & Statistik | Pecahan, Perpuluhan & Peratus – Triple Power! |
25 Julai | Nombor Indeks Senang Je! | Data & Carta: Mahir Sekelip Mata! |
Ogos – Bahasa Melayu
Tarikh | 4PM – Cikgu Irfan | 5PM – Cikgu Sara |
---|---|---|
8 Ogos | Pakar Pola Ayat | Hero Kata Ganti Nama |
15 Ogos | Karangan Padu 5 Bintang! | Kata Hubung? Kacang Je! |
22 Ogos | Bahasa Klasik, Jiwa Melayu! | Penjodoh Bilangan Tak Susah! |
29 Ogos | Kupas Tatabahasa! | Master Kata Berimbuhan! |
September – Bahasa Inggeris
Tarikh | 4PM – Sir Muz | 5PM – Teacher Zahida |
---|---|---|
5 September | Phrasal Verbs Unlocked! | Pronoun Power! |
12 September | Nail That Subject-Verb Match! | Count It Right with Quantifiers! |
19 September | Tense Sense Made Easy! | Match It! Subject-Verb Style |
26 September | Prepositions in Action! | Tense Time! Present vs Past |
Apa Yang Menarik?
🎥 Live Setup: Menggunakan TikTok Studio dengan iPad atau whiteboard tradisional—ikut gaya tutor!
🔔 Interaktif & Live: Soal jawab terus dengan tutor, belajar secara real-time.
🧠 Topik Asas: Fokus kepada topik-topik penting yang pelajar selalu keliru.
📚 Ilmu Percuma: Tak perlu bayar—hanya perlu join TikTok Live!
Jangan Terlepas!
Sama ada anda pelajar yang mahu menguatkan asas, ibubapa yang mencari sokongan tambahan untuk anak, atau guru yang mahu cadangkan kelas tambahan kepada pelajar—Siri Kelas Pengukuhan ialah peluang terbaik untuk belajar secara percuma dan menyeronokkan!
➡️ Follow TikTok @youngpandai sekarang dan set reminder anda setiap Jumaat, jam 4 dan 5 petang.
Ilmu percuma. Jom #backtobasic!