
Lembaga Peperiksaan Malaysia telah mengumumkan Jadual Waktu Peperiksaan SPM bagi tahun 2025. Semua calon, ibu bapa dan guru disarankan untuk menyemak jadual ini dan mula membuat persediaan awal. Berikut ialah maklumat penting berkaitan peperiksaan:
Tarikh Utama Peperiksaan SPM
Peperiksaan Bertulis SPM 2025 akan berlangsung dari 25 November hingga 23 Disember 2025.
Peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) adalah saat penting bagi para pelajar Tingkatan 5. Terdapat beberapa ujian lain yang akan dijalankan lebih awal. Oleh itu, memahami jadual peperiksaan adalah kunci untuk memastikan persediaan yang lancar dan teratur. Berikut adalah tarikh-tarikh penting yang perlu diberi perhatian:
RINGKASAN JADUAL WAKTU PEPERIKSAAN SPM 2025
- Ujian Bertutur Bahasa Melayu
- 03-06 November 2025
- 03-06 November 2025
- Ujian Bertutur Bahasa Inggeris
- 10-13 November 2025
- 10-13 November 2025
- Ujian Amali Sains 17-19 November 2025
- 17 November 2025 – Fizik 3
- 18 November 2025 – Kimia
- 19 November 2025 – Biologi 3 & Sains Tambahan 3
- Ujian Mendengar Bahasa Melayu & Bahasa Inggeris
- 20 November 2025
- 20 November 2025
- Peperiksaan Bertulis SPM
- 25 November 2025 – 23 Disember 2025.
- Minggu 1 : 25 – 27 November 2025 (3 hari)
- Minggu 2 : 01 – 04 Disember 2025 (4 hari)
- Minggu 3 : 08 – 10 Disember 2025 (3 hari)
- Minggu 4 : 15 – 18 Disember 2025 (4 hari)
- Minggu 5 : 22 – 23 Disember 2025 (2 hari)
- 25 November 2025 – 23 Disember 2025.
JADUAL SIJIL PELAJARAN MALAYSIA (SPM) 2025






Calon dan pihak sekolah boleh semak jadual penuh dari laman rasmi Lembaga Peperiksaan di lp.moe.gov.my atau muat turun melalui pautan di bawah:
Dari seluruh warga Pandai: Selamat maju jaya buat semua calon SPM 2025!
Pastikan anda merancang masa belajar dengan baik dan sentiasa mengikuti perkembangan rasmi melalui sekolah dan portal Lembaga Peperiksaan.