GET PANDAI APP NOW

ArticlesPandai

Takwim Persekolahan Sesi 2023/2024 Bermula 19 Mac ini

KPM memaklumkan ketetapan untuk menangguhkan pembukaan sekolah bagi sesi persekolahan Kalendar Akademik Sesi 2023/2024 yang dijadualkan bermula pada 12 Mac 2023 bagi Kumpulan A dan 13 Mac 2023 untuk Kumpulan B itu bertujuan supaya pengoperasian peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dapat dilaksanakan dengan lancar.

Makluman ini penting bagi ibu bapa, penjaga, pelajar dan juga guru sebagai peringatan tentang tarikh rasmi pembukaan sekolah sesi 2023 seluruh negeri di Malaysia. Pelbagai persediaan perlu dilakukan oleh semua pihak terutamanya ibu bapa dalam memastikan anak-anak menghadiri persekolahan dalam keadaan yang lengkap dan teratur. 

Cr; Freepik

Selain daripada itu, Datuk Dr. Radzi Jidin juga mengumumkan Murid Tahun 1 bagi persekolahan 2022 akan ke sekolah bermula Mac 2022. Pelajar dibenarkan untuk memakai pakaian yang sesuai, kemas dan sopan jika pakaian seragam sekolah tidak sesuai dipakai ketidak hadiran pelajar ke sekolah tidak dianggap kesalahan disiplin jika ibu bapa bimbang keselamatan pelajar tetapi perlu memberikan makluman dengan surat kepada pihak guru atau sekolah. 

“Kalendar Akademik akan dikekalkan untuk memastikan KPM mematuhi Peraturan Pendidikan bahawa jumlah hari persekolahan dalam kalendar akademik hendaklah tidak kurang daripada 190 hari“


Tambahan lagi, KPM juga mengambil kira pelbagai pandangan yang diterima daripada pemegang taruh untuk mengelakkan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) diadakan pada November dan Disember kerana bertembung dengan musim tengkujuh.

Walau bagaimanapun, KPM sentiasa melihat kepada keperluan dan kesesuaian penyediaan kalendar akademik untuk tahun seterusnya bagi memastikan proses pengajaran dan pembelajaran dapat dilaksanakan secara optimum.

Cr ; Berita Harian Online
Cr ; Berita Harian Online
Cr ; Berita Harian Online

Related posts
PandaiProgram

Pandai Nak Bagi Duit Raya RM100 - Ceria Ramadan Raya is BACK!

Articles

Jadual Waktu Solat bagi Bulan Ramadan 1443H / 2024M

NewsPandai

Pandai Partners With MCPA To Empower Youth for Work Readiness!

Pandai

Jom SCORE dengan Strategi Kemahiran Belajar Top Students di Malaysia!