GET PANDAI APP NOW

News

Takwim Persekolahan Sesi 2024/2025 bermula 10 Mac 2024

Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telahpun mengeluarkan Takwim Persekolahan 2024 / 2025 yang rasmi (Kalendar akademik). Secara rasminya, sesi persekolahan tahun 2024 akan bermula pada 10 dan 11 Mac 2024.

Makluman ini penting bagi ibu bapa, penjaga, pelajar dan juga guru sebagai peringatan tentang tarikh rasmi pembukaan sekolah sesi 2024 seluruh negeri di Malaysia. Pelbagai persediaan perlu dilakukan oleh semua pihak terutamanya ibu bapa dalam memastikan anak-anak menghadiri persekolahan dalam keadaan yang lengkap dan teratur. 

“Kalendar Akademik akan dikekalkan untuk memastikan KPM mematuhi Peraturan Pendidikan bahawa jumlah hari persekolahan dalam kalendar akademik hendaklah tidak kurang daripada 190 hari“


Tambahan lagi, KPM juga mengambil kira pelbagai pandangan yang diterima daripada pemegang taruh untuk mengelakkan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) diadakan pada November dan Disember kerana bertembung dengan musim tengkujuh.

Walau bagaimanapun, KPM sentiasa melihat kepada keperluan dan kesesuaian penyediaan kalendar akademik untuk tahun seterusnya bagi memastikan proses pengajaran dan pembelajaran dapat dilaksanakan secara optimum.

KALENDAR AKADEMIK SESI 2024/2025

CUTI PERAYAAN SEKOLAH 2024-2025

Berikut adalah jadual cuti perayaan yang diperuntukkan KPM

TARIKH MULA SEKOLAH 2024

Tarikh bermula sesi persekolahan 2024 / 2025 adalah:

  • Kumpulan A : 10 Mac 2024
  • Kumpulan B : 11 Mac 2024

Untuk info lanjut, layari https://www.moe.gov.my/takwim/kalendar-akademik-sesi-2024-2025


Muat turun aplikasi Pandai sekarang di Google Play atau App Store.
Jangan lupa ikuti Pandai di media sosial juga!
FB: @pandaiofficial
Instagram:@pandaiofficial
Twitter: @pandaiofficial
Tiktok: @pandaiofficial

Related posts
PandaiProgram

Pandai Nak Bagi Duit Raya RM100 - Ceria Ramadan Raya is BACK!

Articles

Jadual Waktu Solat bagi Bulan Ramadan 1443H / 2024M

NewsPandai

Pandai Partners With MCPA To Empower Youth for Work Readiness!

Pandai

Jom SCORE dengan Strategi Kemahiran Belajar Top Students di Malaysia!