Hai adik-adik! Takut tak dengan nama peperiksaan ini? Hah, tak kisah la anda calon peperiksaan UPSR, PT3, SPM, STPM atau STAM sekali pun. Bagaimana persediaan adik-adik untuk menghadapi peperiksaan? Tidak kira apapun subjek yang bakal anda hadapi, persediaan sebelum menempuh peperiksan itu penting tau! Adakah anda dah bersedia? Berapa peratus tu? 80% atau masih 50%? Hmm..
Tidak mengapa, jangan bimbang, apapun kertas esok untuk peperiksaan subjek seterusnya. Pastikan dah ulangkaji dan percaya yang anda boleh lakukan! Tidak ada yang mustahil!
Nak tahu, persediaan apa lagi yang anda tak buat sebelum menghadapi peperiksaan ni! Jom lihat!
1. Elakkan Diri Study Last Minit
Korang “Please jangan study last minute”. Melainkan korang memang dalam kelas jenis yang fokus dan tumpukan perhatian sepenuhnya dalam kelas. Paling tak pun korang nie jenis yang study sebelum masuk kelas.
Apapun setiap daripada kita mempunyai cara yang berbeza. Ada orang mungkin study last minit tapi dalam kelas dia faham dan cepat pick up apa yang disampaikan oleh guru di hadapan kelas. So, tak hairanlah dia boleh skor dalam exam.
Walau bagaimanapun, jangan amalkan “study last minit”. Luangkan sedikit masa untuk mengulangkaji. Tak salah persiapkan diri lebih awal kerana kita akan lebih relaks dan kurang tekanan menghadapi peperiksaan yang akan datang.
2. Two Head Is Better Than One
“Dua kepala lebih baik daripada seorang”. Cuba ajak kawan buat study group atau belajar secara berkumpulan tentang topik yang korang kurang mahir. Ada sesetengah orang dia mungkin kurang mahir bab matematik tetapi bab sejarah dia paling POWER!
Dengan adanya “Study Group” korang boleh berbincang tentang sesuatu topik yang mana korang lemah. Belajar berkumpulan ini bukan sahaja dapat bantu mereka yang kurang mahir dalam sesuatu subjek malah korang juga boleh meningkatkan pemahaman dan daya ingatan dengan mengajar orang lain.
Jangan kedekut ilmu tau! Insya’Allah, kita mudahkan urusan orang lain, Allah mudahkan urusan kita pula.
3. Sediakan Nota Ringkas & Padat
Hah ini penting tau! Kalau boleh elakkan daripada copy paste ayat dalam buku teks. Cukuplah korang senaraikan point penting dan cuba untuk memahami dan meringkaskan point tersebut dalam bentuk yang korang sendiri boleh ingat.
Menurut kajian psikologi, nota yang berwarna-warni dapat membantu meningkatkan daya ingatan serta merangsang mood pelajar. Be kreatif dalam menulis nota. Tetapi tips ini tidak semestinya di aplikasikan kepada semua orang. Ada yang jenis tak suka tengok nota warna pelangi. Ada pelajar yang suka conteng buku. Ada juga yang tak tulis nota langsung. Hahaha depends on you.
4. Jaga Pemakanan & Kesihatan
Selain daripada persediaan dari segi akademik. Jangan sampai abaikan pemakanan dan juga kesihatan korang. Amalkan diet yang seimbang dan kurangkan makan makanan ringan dan kurang sihat. Makanan memainkan peranan yang sangat penting untuk mengekalkan tumpuan dan tenaga kita.
Rajinkan diri untuk bersenam kerana otak juga memerlukan rehat yang cukup setelah penat menghadap buku sepanjang hari. Seperti badan kita, otak kita juga pandai penat.
5. Kurangkan Hiburan & Media Sosial
Tidak dinafikan hiburan seperti menonton tv, drama korea, anime dan juga media sosial (whatsapp, twitter, instagram) sedikit sebanyak mengganggu kita untuk kekal fokus dalam mengulangkaji. Please stop dengan segala perkara yang boleh menganggu anda untuk fokus! Kali ini sahaja minta dijauhkan! Fokus!
So, kalau boleh bersabarlah dahulu daripada pegang handphone atau laptop. Caranya senang saja, jangan letak handphone kat tepi buku kalau nak study. Nanti nafsu anda menarik tangan anda untuk sentuh handphone tu. Hahaha
6. Minta Doa & Restu Orang Tua
Yang jauh jangan lupa call parents minta restu mereka supaya dipermudahkan korang menjawab nanti. Yang dekat jangan segan nak peluk cium tangan mak ayah minta restu setiap kali korang nak exam. Penting sangat waktu ini meminta doa dan restu untuk mendapat berkat dari kedua ibu bapa kita. Barulah nak jawab peperiksaan dengan tenang.
Solat pun jangan lupa. Hargai masa dengan sebaiknya. Caranya adalah dengan solat apabila masuk waktunya. Tinggalkan nota korang tu. Minta petunjuk dan doa kepada Tuhan untuk korang menjawab paper nanti. Apabila kita jaga hubungan kita dengan Tuhan, pasti Tuhan akan permudahkan urusan kita dikemudian hari.
Semoga tips yang share ini dapat sedikit sebanyak membantu pelajar-pelajar disana dalam menghadapi peperiksaan. Semoga dipermudahkan urusan semasa menjawab peperiksaan. “Stay positive and believe yourself”.
*Sebagai rujukan artikel asal boleh lihat di laman web siinurul.com.