GET PANDAI APP NOW

ArticlesNewsPandai

Modul Persediaan Pentaksiran Kemasukan Sekolah Khusus (PKSK) di Pandai

Susulan pembatalan Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) dan Pentaksiran Tingkatan 3 (PT3), Kementerian Pendidikan Malaysia telah memperkenalkan satu kaedah baharu bagi pemilihan murid untuk kemasukan ke Sekolah Khusus bermula tahun 2021.

Sekolah Khusus yang dimaksudkan adalah terdiri daripada sekolah berikut:

  • Sekolah Berasrama Penuh (SBP),
  • Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA)
  • Sekolah Menengah Teknik (SMT)
  • Kolej Vokasional (KV)
  • Maktab Tentera Diraja (MTD)

Modul Pentaksiran Kemasukan Sekolah Khusus (PKSK) adalah satu kaedah pentaksiran standard secara berpusat bagi kemasukan murid ke Tingkatan 1 dan Tingkatan 4 ke Sekolah Khusus bagi tahun 2023/2024 secara dalam talian yang menggunakan kaedah single entry point. Semua murid yang didaftarkan di dalam Aplikasi Pangkalan Data Murid (APDM) Kementerian Pendidikan Malaysia layak untuk memohon dan menduduki PKSK.

Format PKSK

Table format PKSK. Perkara 1: Kedah, Bahagian A Kecerdasan Insaniah & Bahagian B Kecerdasan Intelek: Secara dalam talian (online): Bertulis (Bersemuka) Perkara 2: Jenis Item. Bahagian A Kecerdasan Insaniah & Bahagian B Kecerdasan Intelek: Objektif Aneka Pilihan (MCQ). Bahagian C: Artikulasi Penulisan: Subjektif (Respon Terbuka). Perkara 3: Cakupan Isi Kandungan. Bahagian A: Kecerdasan Insaniah. EQ, SQ, SSQ. Bahagian B: IQ, Pengetahuan Am, Penyelesaian Masalah. Bahagian C: Artikulasi Penulisan: Tajuk Ditetapkan. Perkara 4: Wajaran Skor. Bahagian A: Kecerdasan Insaniah, 20%. Bahagian B: Kecerdasan Intelek: 70%, Bahagian C: Artikulasi Penulisan.

Tarikh Penting PKSK 2023

Tarikh Permohonan01 Ogos – 17 September 2023
Tarikh Semakan Pusat PKSK Tingkatan 425 September – 13 Oktober 2023
Tarikh Semakan Pusat PKSK Tingkatan 125 September – 27 Oktober 2023
Pelaksanaan PKSK Tingkatan 4 & 1 SVM02 – 13 Oktober 2023
Pelaksanaan PKSK Tingkatan 116 – 27 Oktober 2023
Tarikh Semakan Tawaran1 Mac 2024
Pendaftaran Sekolah18 Mac 2024
Sumber: https://spskt1.moe.gov.my

Untuk info lanjut, klik pautan blog di bawah:

Jadi, bagi membantu para pelajar Tahun 6 dan Tingkatan 3 membuat persediaan menghadapi ujian PKSK yang sebenar, Pandai akan menyediakan seminar persediaan PKSK secara percuma pada hari Sabtu 30 September bermula dari pukul 10 pagi hingga 5 petang bersama Cikgu Maria.

Pandai juga boleh mendapatkan Set Latihan Eksklusif PKSK untuk persediaan PKSK yang merangkumi persediaan Bahagian B iaitu: Kecerdasan Intelek yang meliputi IQ, Pengetahuan Am dan Penyelesaian Masalah dimana memerlukan 70% tertinggi bagi pencapaian skor. Kesemua set latihan ini boleh diakses secara eksklusif bagi pengguna Pandai Premium & Pandai Premium Lite sahaja.

Poster Seminar Persediaan PKSK Percuma: By Cikgu Mariah. Tahun 6: 30 September 2023 pukul 10 pagi-12 siang. Tingkatan 3: 30 Sep 2023 pukul 3 petang - 5 petang.

Klik poster ini untuk daftar sekarang

Pelajar boleh klik sahaja pautan dibawah untuk menyertai seminar ini: 

Tahun 6Set 1Set 2 Set 3Pendaftaran
Tingkatan 3Set 1Set 2Set 3Pendaftaran

Buat pelajar yang dah daftar seminar sebelum ini, boleh login melalui pautan link https://go.pandai.org/registerpksk. Semak semula maklumat pendaftaran dan anda boleh menonton rakaman seminar persediaan PKSK Tahun 6 & Tingkatan 3. Buat pelajar yang belum daftar pula, boleh melawat ke laman web pendaftaran yang sama, daftar serta letakan maklumat peribadi dan boleh menonton rakaman seminar persediaan PKSK Tahun 6 & Tingkatan 3. anda juga boleh terus untuk mendaftar akaun premium lite dan premium melalui pautan ini dan juga boleh untuk menjawab latihan persedian PKSK.

Kelas Intensif PKSK bersama Pandai

Selain daripada Seminar Persediaan PKSK, Pandai juga menyediakan kelas intensif untuk pelajar tahun 6 yang akan menyertai Pelaksanaan PKSK Tingkatan 1 pada 16 – 27 Oktober 2023. Kelas intensif ini hanya terbuka kepada pelajar tahun 6 yang langgan Pandai Premium! Kelas Intensif ini juga mempunyai rakaman semula untuk sesiapa yang tidak berkesempatan untuk memasuki kelas pada 7 & 14 Oktober.

Pelajar hanya perlu sertai kelas Tuisyen Live Pandai seperti biasa pada 7 & 14 Oktober 2023 mengikuti masa yang ditetapkan di bawah :

Macam mana nak sertai kelas Intensif ni? Senang je!

Untuk latihan tambahan, semua pengguna tahun 6 dan tingkatan 3 boleh dapatkan set latihan persediaan PKSK dalam aplikasi Pandai. Latihan tambahan juga disediakan sekiranya pelajar menaik taraf akaun ke Premium atau Premium Lite seperti di bawah : 

FREE USERPREMIUM LITEPREMIUM
Seminar PKSKSeminar PKSKSeminar PKSK
Set latihan percuma (set insaniah & intelek)Set latihan tambahan (set insaniah & intelek)Set latihan tambahan (set insaniah & intelek)
XXKelas intensif 1 jam untuk 4 subjek

Sempena PKSK yang akan datang, Pandai juga menawarkan kod baucar PKSK20 untuk mendapat potongan harga sebanyak 20% pada bulan pertama langganan. 

Diharap dengan adanya kelas intensif pksk dan Set Soalan Latihan yang disediakan oleh Pandai ini boleh membantu pelajar membuat persediaan yang lebih baik untuk mendapat keputusan yang cemerlang dan dapat memasuki ke sekolah khusus yang diinginkan.

Muat turun aplikasi Pandai sekarang di Google Play atau App Store.
Jangan lupa ikuti Pandai di media sosial juga!

FB: @pandaiofficial
Instagram:@pandaiofficial
Twitter: @pandaiofficial

Related posts
PandaiProgram

Pandai Nak Bagi Duit Raya RM100 - Ceria Ramadan Raya is BACK!

Articles

Jadual Waktu Solat bagi Bulan Ramadan 1443H / 2024M

NewsPandai

Pandai Partners With MCPA To Empower Youth for Work Readiness!

Pandai

Jom SCORE dengan Strategi Kemahiran Belajar Top Students di Malaysia!