GET PANDAI APP NOW

ArticlesNewsPandai

Apakah Kepentingan Konsep #SekolahkuSejahtera dan Elemen 14 Nilai Murni?

Konsep Sekolahku Sejahtera merupakan konsep baharu yang dilaksakan dalam pengajaran dan pembelajaran menerusi penerapan 14 elemen nilai kehidupan secara semula jadi kepada murid semasa sesi pengajaran dan pembelajaran. Pelaksanaan konsep ini adalah bagi memberikan penekanan terhadap nilai murni menerusi pengajaran dan pembelajaran yang dilaksanakan di sekolah. Selain itu, tujuan konsep ini adalah ke arah pembentukan budaya amalan baik di sekolah oleh guru dan murid.

“14 elemen yang terkandung dalam konsep ini selamat, seronok, sihat, etika, empati, jati diri, adab sopan, harmoni, tekun, teliti, terampil, eksplorasi, rasional dan artikulasi”

-Menteri Kanan Pendidikan, Datuk Dr Radzi Md Jidin-

Konsep Sekolahku Sejahtera ini dilancarkan oleh Menteri Pendidikan Datuk Dr Radzi Jidin pada 21 Februari 2022 di Putrajaya. Ini akan diperkenalkan pada sesi persekolahan akan datang dan tidak akan membebankan guru serta murid kerana konsep ini akan diterapkan secara semula jadi dalam pengajaran dan pembelajaran.

14 Nilai Sekolahku SEJAHTERA

Terdapat 14 nilai yang terkandung di dalam konsep ini iaitu:

  1. Selamat
  2. Seronok
  3. Sihat
  4. Etika
  5. Empati
  6. Jati diri
  7. Adab sopan
  8. Harmoni
  9. Tekun
  10. Teliti
  11. Terampil
  12. Eksplorasi
  13. Rasional 
  14. Artikulasi

Pelaksanaan konsep ini akan diterapkan menerusi pengajaran dan pembelajaran oleh para guru kepada murid. Sebagai contoh, apabila guru sedang mengajar mata pelajaran Sejarah, jika ada perkara-perkara dalam topik yang diajar itu kepada murid mempunyai kaitan dengan 14 elemen, perkara tersebut boleh diperjelaskan kepada murid.

Pembelajaran di Pandai juga telah menerapkan elemen konsep ini dalam kalangan murid kerana ini dilaksanakan secara holistik bersama dalam dan luar sekolah bagi kesejahteraan murid.

Selain itu, konsep ini juga bertujuan untuk mewujudkan suasana sekolah yang selamat, aman, selesa, menggembirakan, membina dan inklusif ke arah mencapai kesejahteraan masyarakat. Ini juga akan membolehkan para murid akan meneroka pelbagai cabang ilmu, idea dan penemuan baharu yang sentiasa berfikiran kreatif dan inovatif dalam penyelesaian masalah.

Pendek kata, konsep Sekolahku Sejahtera dirangka berteraskan prinsip dan hasrat bagi mewujudkan suasana sekolah yang selamat, aman, selesa, menggembirakan, membina dan inklusif ke arah mencapai kesejahteraan masyarakat.

Log masuk atau daftar di www.pandai.org di web

Muat turun aplikasi Pandai sekarang di Google Play atau App Store.

Jangan lupa ikuti Pandai di media sosial juga!

FB: @pandaiofficial

Instagram:@pandaiofficial

Twitter: @pandaiofficial

Tiktok: @pandaiofficial

Blog: blog.pandai.org

Related posts
PandaiProgram

Pandai Nak Bagi Duit Raya RM100 - Ceria Ramadan Raya is BACK!

Articles

Jadual Waktu Solat bagi Bulan Ramadan 1443H / 2024M

NewsPandai

Pandai Partners With MCPA To Empower Youth for Work Readiness!

Pandai

Jom SCORE dengan Strategi Kemahiran Belajar Top Students di Malaysia!