GET PANDAI APP NOW

Pandai

New Feature: Pandai Live Tuition! 🤩

Hi budak Pandai! Lama dah kita tak bersembang… Sorry ya 😆
Team Pandai busy kemaskini aplikasi dengan feature baru untuk adik-adik, hehe.

Bercakap pasal feature baru, ada satu update terbaru yang menjadi buah mulut ramai pelajar Pandai. Kami tengok, sejak launch feature ni, ramai yang seronok dan berminat nak jadi pelajar Premium.

Haa korang tahu tak feature apa? Semestinya…

PANDAI LIVE TUITION! 👩‍🏫👨‍🏫

Ya! Live tuition di Pandai! 🤩
Semua subjek, untuk semua tahap pembelajaran, dari Tahun 1 sampai Tingkatan 5, setiap malam, in the comfort of your own home 😎

Tonton Video Pembelajaran Bersama Pandai Tutor 👇

Best kan, padat dengan tips exam. Ni baru sikit! Kalau ada apa-apa topik yang tertinggal atau tak faham di sekolah, boleh lah catch up dengan Pandai Tutors yang mengajar live tuition ni! 

Kalau korang nak tahu, Pandai Tutor ni semua peramah. Meriah kelas! Makin senanglah nak ulangkaji sendiri dengan Pandai.Pandai Tutors akan sentiasa memastikan kelas adalah interaktif, inklusif dan efektif.Yang paling penting, Pandai Tutors akan memberi latihan bagi meningkatkan keberkesanan kelas dengan menggunakan bahan rujukan/latihan Pandai. Jadi, korang tak payah dah nak susah-susah cari buku lain atau keluarkan duit untuk fotostat soalan kalau nak mantapkan lagi pengetahuan dan skor exam!

Senarai Kelas

Sekolah Rendah

  • Tahun 1-3 :
    • English
    • Bahasa Melayu (akan datang)
    • Matematik (akan datang)
    • Sains (akan datang)

  • Tahun 4-6
    • English
    • Bahasa Melayu
    • Matematik
    • Sains

Sekolah Menengah

  • Tingkatan 1-3
    • English
    • Bahasa Melayu
    • Matematik
    • Sains

  • Tingkatan 4-5
    • English
    • Bahasa Melayu
    • Matematik
    • Sains
    • Matematik Tambahan
    • Fizik
    • Kimia
    • Biologi

Jadual Kelas

Kelas akan diadakan setiap malam dari jam 8PM – 9.30PM. Untuk jadual kelas, korang boleh rujuk dekat Instagram atau Facebook page Pandai Official – Team Pandai akan update jadual semua tahap dan subjek setiap minggu di situ. Kalau nak lagi senang, follow social media kami ok!Satu lagi, kalau jadual kelas tak matching dengan waktu korang, jangan risau! Semua kelas adalah recorded. Jadi, kalau terlepas atau nak tengok semula, boleh buka balik dan tengok 😁

Yuran

TIADA YURAN TAMBAHAN bagi pelajar Pandai Premium. Ya! Kalau dah subscribe, terus dapat akses kepada semua kelas. Sudahlah jimat masa dan tenaga sebab belajar dekat rumah je, jimat duit jugak! Sebab, dengan RM96 sebulan sebagai pelajar Pandai Premium, korang boleh dapat kelas tuisyen, Live Help, bahan rujukan dan bahan latihan ulangkaji yang pelbagai. Lengkap!

Cara Mengakses Pandai Live Tuition

1. Daftar sebagai pelajar Pandai Premium.

2. Klik pada newscard Pandai Live Tuition atau Class/Kelas di laman utama.

3. Pilih subjek.

4. Pilih kelas (samada kelas live atau rakaman).

Senang kan! Mudahnya nak belajar dengan Pandai 🤓

Team Pandai akan sentiasa mengemaskini feature yang sedia ada dan yang baru untuk memberi budak Pandai pengalaman pembelajaran yang holistik dan lengkap. Kami harap, korang suka belajar dengan Pandai dan suka dengan feature terbaru ni.

Dan kalau dah suka, ajaklah kawan-kawan lain untuk join Pandai Live Tuition sekali ya 😉

Selamat ber-tuisyen!

Log in atau daftar di www.pandai.org di web
Muat turun aplikasi Pandai sekarang di Google Play atau App Store.

Jangan lupa ikuti Pandai di media sosial juga!

FB: @pandaiofficial
Instagram:@pandaiofficial
Twitter: @pandaiofficial
Tiktok: @pandaiofficial
Blog: blog.pandai.org

#senangjenakpandai

Related posts
PandaiProgram

Program Cuti Sekolah 2024: Aktiviti Seisi Keluarga! Pandai Carnival

ArticlesPandai

Bersedia untuk Back-To-School dengan Seminar Permulaan Baru 2024!

NewsPandai

Meet Ask PBot: Your Ultimate Study Buddy in Pandai!

Articles

3种高效记忆法:轻松背不易忘