GET PANDAI APP NOW

NewsPandai

Pandai, Aplikasi Pembelajaran Malaysia – Kini Perluaskan Operasi ke Brunei

Pandai, aplikasi pembelajaran Malaysia yang mengfokuskan kepada penambah-baikan prestasi para pelajar melalui kaedah latihan yang menyeronokkan kini mula mengembangkan operasi mereka ke sektor pendidikan di Brunei.

Hasil aturan bersama penyedia pendidikan Brunei, Teachmeguru – aplikasi Pandai kini mula menawarkan akses percuma kepada semua pelajar sekolah rendah di sana.

Melalui kesepakatan itu, Teachmeguru akan menyokong Pandai mendorong penyertaan para pelajar dan menyesuaikan kandungan pembelajaran mengikut piawaian pelajar Brunei.

Buat pengetahuan umum, Pandai telah menerima pengiktirafan dari EAF -Education Alliance Finland iaitu sebuah badan penilai teknologi pendidikan yang mengukur keberkesanan kaedah pendidikan yang ditawarkan. Melalui pengiktirafan itu, ia membawa cerminan prinsip Pandai dalam membawa nilai dan kualiti pendidikan yang sama buat pelajar antarabangsa sepertimana ditawarkan kepada pelajar Malaysia.

Berdasarkan perkongsian, akses percuma yang disediakan Pandai ini merangkumi mata pelajaran Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik, Sains dan subjek Melayu Islam Beraja.

Pada perkembangan semasa, Pandai pada Januari lalu telah meraih suntikan dana berjumlah $2 juta daripada YC Combinator bersama 500 Global. Menerusi pelaburan tersebut ini akan membantu Pandai meningkatkan pembangunan aplikasinya bersama perkhidmatan pembelajaran buat para pelajar.

Log in or register at www.pandai.org or;

Download Pandai Now on Google Play or App Store.

Don’t forget to follow Pandai on social media too

FB: @pandaiofficial

Instagram:@pandaiofficial

Twitter: @pandaiofficial

Tiktok: @pandaiofficial

Blog: blog.pandai.org

Original Article by Liyana at https://rnggt.com/202224453/

Related posts
PandaiProgram

Pandai Nak Bagi Duit Raya RM100 - Ceria Ramadan Raya is BACK!

Articles

Jadual Waktu Solat bagi Bulan Ramadan 1443H / 2024M

NewsPandai

Pandai Partners With MCPA To Empower Youth for Work Readiness!

Pandai

Jom SCORE dengan Strategi Kemahiran Belajar Top Students di Malaysia!