GET PANDAI APP NOW

ArticlesPandai

Langkah-Langkah Mengatasi Budaya Meniru dan Strategi untuk Menangani.

Gejala Plagiat Semakin Meninggi?

Plagiarism’ adalah megambil hakcipta orang lain tanpa ada rujukan atau penghargaan kepada penulis asal. Dalam erti kata lain adalah copy-paste. Amalan ini semakin berleluasa di kalangan pelajar-pelajar sekolah apabila seseorang pelajar itu tengah kekeringan idea untuk menyiapkan sesuatu tugasan yang diberikan. 

Mengapa plagiarism wujud di kalangan sekolah?

Dengan adanya internet sebagai medium baru untuk mencari sumber atau maklumat penggunaan internet di kalangan pelajar banyak mempengaruhi budaya plagiat ini kerana dengan adanya internet, mereka mengambil jalan mudah tanpa perlu membuang masa dengan mengambil sumber dari internet untuk dijadikan sebagai hak persendirian tanpa ada rujukan penulis asal. Maka dengan ini, amalan ‘copy paste’ kian menular kerana tempoh pembelajaran atas talian yang agak lama. 

   “Dalam situasi seperti ini, adakah amalan plagiarism dianggap sebagai jenayah akademik?”

1. Pelajar Kurang Mahir Mencari Maklumat

Pelajar yang tidak ada apa-apa kemahiran disebabkan tempoh COVID-19 yang agak lama selalunya mengalami kesulitan untuk menyiapkan sesuatu tugasan. Oleh itu, situasi ini akan menyebabkan para pelajar lebih cenderung untuk melakukan plagiarism. Seharusnya, pelajar perlu didedahkan dengan kemahiran mencari maklumat dengan lebih terperinci. Ini termasuklah cara menyelidik serta cara mendapatkan sesuatu fakta yang tepat. 

Dengan cara ini, kerja-kerja sekolah yang dikeluarkan oleh para pelajar lebih kreatif dan berkualiti.

2. Tidak Mempunyai Masa yang Secukupnya

Alasan ini sering diutarakan oleh para pelajar dalam menyiapkan sesuatu tugasan. Dalam kekurangan masa tersebut, maka timbul idea mengambil hasil kerja atau buah fikiran pelajar yang lebih pandai dan menonjol dalam pembelajaran untuk menyiapkan tugasan mereka. 

Oleh itu, faktor kekurangan masa timbul kerana tempoh tugasan yang diberikan oleh cikgu-cikgu untuk disiapkan oleh pelajar tidak cukup. Ini kerana, sifat ambil mudah dan tidak prihatin tentang akademik yang wujud dalam diri sendiri pelajar itu sendiri menyebabkan masa yang diberikan oleh cikgu-cikgu itu tidak mencukupi. Apabila sifat ambil mudah ini wujud, maka pelajar tersebut lebih suka untuk meniru atau mengambil tugasan orang lain. 

3. Suasana yang berbeza berbanding rumah

Persekitaran di sekolah sangat berbeza ini kerana para pelajar disuap dengan nota-nota oleh guru-guru dan ibu-bapa dengan kelas-kelas tambahan. 

Olhe itu, mereka perlu diajar berdikari dan segala nota pembelajaran perlu di cari sendiri oleh pelajar tesebut. Sesetengah pelajar yang tidak dapat mengikuti suasana ini akan menyebabkan mereka ketinggalan dan tidak tahu bagaimana untuk mendapatkan nota-nota atau segala maklumat tentang yang dipelajarinya. Sebagai jalan mudah, pelajar tersebut akan melakukan amalan ‘copy paste’ untuk menyiapkan tugasan mereka.

4. Pelajar Kurang Kesedaran akan Kesan Plagiat

Kebanyakan pelajar tidak tahu apa maksud sebenar plagiarism. Bagi mereka, menciplak kerja orang lain tidak menjadi kesalahan. Pelajar perlu kreatif dalam menyiapkan sesuatu tugas dan bukannya meniru bulat-bulat buah fikiran orang lain. 

Para cikgu perlu mewujudkan satu sesi khas dengan pelajar untuk membicarakan tentang isu dan masalah para pelajar seperti isu plagiarism ini. Mereka ingatkan pelajar mereka tentang bahayanya amalam ‘copy paste’ ini. Para pelajar juga perlu menitikberatkan tentang masalah ini kerana pelajar itu sendiri akan mendapat kesan buruk sekiranya mereka sering mengamalkan amalan ini.

Team of editors and copywriters working on text, flat vector illustration isolated on white background. Online grammar editor and copywriting services.

5. Kurang persediaan tentang Tugasan

Etika dalam penyediaan sesuatu kajian ilmiah perlu ada dalam diri pelajar. Kebanyakan pelajar yang melakukan amalan plagiarism ini adalah terdiri daripada mereka yang tidak mempunyai perancangan yang betul untuk menyiapakan sesuatu tugasan atau melakukan sesuatu kajian ilmiah. Sekiranya persediaan tidak dilakukan terlebih awal, kerja yang dihasilkan tidak memuaskan 

Dengan itu, pelajar perlu mendapatkan bantuan daripada cikgu-cikgu atau Pandai Teacher untuk menghasilkan kerja yang bermutu. Mereka juga dapat menjana idea yang bernas daripada Flashcard dari Pandai App 

Log in atau daftar di www.pandai.org di web

Muat turun aplikasi Pandai sekarang di Google Play atau App Store.

Jangan lupa ikuti Pandai di media sosial juga!

FB: @pandaiofficial

Instagram:@pandaiofficial

Twitter: @pandaiofficial

Tiktok: @pandaiofficial

Blog: blog.pandai.or

Related posts
PandaiProgram

Pandai Nak Bagi Duit Raya RM100 - Ceria Ramadan Raya is BACK!

Articles

Jadual Waktu Solat bagi Bulan Ramadan 1443H / 2024M

NewsPandai

Pandai Partners With MCPA To Empower Youth for Work Readiness!

Pandai

Jom SCORE dengan Strategi Kemahiran Belajar Top Students di Malaysia!