GET PANDAI APP NOW

ArticlesPandai

Quiz Builder Percuma Buat Guru!

Hi rakan-rakan guru,

Tahukah anda yang Pandai Teacher ada menawarkan fungsi untuk membina soalan kuiz secara pantas dan PERCUMA di platform kami yang khas untuk semua guru di Malaysia? Ini dapat memudahkan tugas guru-guru untuk memberi latihan dan aktiviti yang menarik bersama anak murid sama ada didalam atau diluar kelas darjah!

Memperkenalkan, Quiz Builder!

APAKAH QUIZ BUILDER?

  • Quiz Builder adalah fungsi yang membolehkan guru membina lembaran kuiz.
  • Kandungan soalan diperoleh daripada bank soalan Pandai yang sejajar dengan Kurikulum Kebangsaan Malaysia. Jadi rakan-rakan guru tak perlu risau untuk menggunakannya di dalam kelas.
  • Kuiz tersebut boleh dikongsikan dalam talian atau dicetak untuk diedarkan di dalam kelas.

Rakan guru boleh:

  • Membuat pilihan daripada bank soalan Pandai mengikut tahap penguasaan dan tahap kesukaran
  • Menggunakan fungsi tambahan untuk guru gunakan soalan yang dibina sendiri
  • Membuat penandaan automatik dan rekod markah secara langsung
  • Berkongsi soalan dalam talian secara terus ke Pandai Student atau dicetak untuk edaran dalam kelas

Menarik? Jom cuba ikuti langkah mudah berikut untuk mula membina set soalan anda:

  • Pilih ‘Bina Kuiz’ daripada ruangan menu.
  • Klik ‘+’ untuk  membina set soalan baru.
  • Pilih bab, topik, tahap kesusahan soalan dan jumlah soalan.
  • Klik ‘Cari & tambah Soalan’
  • Kemudian, klik ‘Simpan Soalan’.

TAHNIAH! Anda sudah berjaya membina set soalan anda yang pertama.

Melalui fungsi Quiz Builder ini, kami berharap ia dapat membantu memudahkan rakan-rakan guru untuk membina set soalan mereka sendiri! Pandai akan terus bergerak seiring dengan rakan-rakan guru untuk membantu membina bahan pembelajaran yang terbaik demi generasi anak bangsa masa hadapan.

Buat yang belum lagi mendaftar dengan Pandai Teacher, klik pautan ini untuk mendaftar akaun secara PERCUMA! Jangan lupa untuk ikuti laman sosial kami di Facebook, Instagram dan Tiktok. Jangan lupa kongsikan maklumat ini bersama semua rakan-rakan guru anda.

Kongsikan aplikasi ulangkaji pintar bersama anak-murid cikgu! Mereka boleh memuat turun aplikasi Pandai di Google Play atau App Store.

Log masuk atau daftar di www.pandai.org di web

Muat turun aplikasi Pandai sekarang di Google Play atau App Store.

Jangan lupa ikuti Pandai di media sosial juga!

FB: @pandaiofficial

Instagram:@pandaiofficial

Twitter: @pandaiofficial

Tiktok: @pandaiofficial

Blog: blog.pandai.org

Related posts
PandaiProgram

Pandai Nak Bagi Duit Raya RM100 - Ceria Ramadan Raya is BACK!

Articles

Jadual Waktu Solat bagi Bulan Ramadan 1443H / 2024M

NewsPandai

Pandai Partners With MCPA To Empower Youth for Work Readiness!

Pandai

Jom SCORE dengan Strategi Kemahiran Belajar Top Students di Malaysia!