GET PANDAI APP NOW

NewsPandai

UPSR dan PT3 akan dipertimbangkan semula pada tahun 2025.

Pertimbangan untuk mengembalikan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) dan Pentaksiran Tingkatan Tiga (PT3) akan dibuat selepas pembentangan laporan Pelan Pembangunan Pendidikan yang akan tamat pada 2025.

Menurut Pensyarah Kanan Pusat Kajian Kepelbagaian Pendidikan Fakulti Pendidikan UKM, Dr Anuar Ahmad, sistem pendidikan moden tidak lagi memerlukan peperiksaan berpusat seperti UPSR dan PT3 kerana sistem pendidikan kini lebih tertumpu kepada pentaksiran berasaskan pembelajaran berbanding berasaskan pemeriksaan.

Kenyataan ini disokong oleh Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek yang berkata sebarang keputusan untuk kembalikan peperiksaan itu, perlu merujuk kepada fakta dan data yang dikumpul sepanjang tempoh PPPM 2025, dan bukan kepada kecenderungan sedia.

“Kita kena bentangkan hasil laporan PPPM 2025 untuk melaksanakan penambahbaikan sistem pendidikan dan laporan tersebut akan menunjukkan keberhasilan melibatkan peperiksaan dan proses pembelajaran anak-anak”

Mengulas lanjut, Fadhlina berkata, isu berhubung dua peperiksaan berkenaan itu melalui proses perbincangan yang sangat panjang, membabitkan pemegang taruh, guru dan ibu bapa. Fadhlina berkata perubahan semula takwim persekolahan juga perlu mengambil jadual peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) dan Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) serta faktor ekonomi setempat dan banjir pada hujung tahun. Bagaimanapun, Fadhlina berkata perkara berkenaan masih belum boleh dilaksanakan tahun hadapan, memandangkan perlu menyelesaikan pelbagai justifikasi mengikut Akta Pendidikan 1996.

Sebelum ini, sesi persekolahan berubah susulan penularan wabak Covid-19 yang melanda negara dan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang menyebabkan takwim persekolahan bagi 2022/2023 bermula pada Mac 2022.

Related posts
PandaiProgram

Pandai Nak Bagi Duit Raya RM100 - Ceria Ramadan Raya is BACK!

Articles

Jadual Waktu Solat bagi Bulan Ramadan 1443H / 2024M

NewsPandai

Pandai Partners With MCPA To Empower Youth for Work Readiness!

Pandai

Jom SCORE dengan Strategi Kemahiran Belajar Top Students di Malaysia!