GET PANDAI APP NOW

Pandai

What’s New on July: ‘Discussion’ Ruangan Berbincang buat Pengguna Pandai

Hai semua! Bagaimana aktiviti pembelajaran harian anda sekarang? Anda masih belajar sendirian ke?

Baiklah, hari ini Team Pandai akan kongsikan berita terbaru yang mampu membawa keceriaan buat anda. Hehe..

Sebelum itu, adik-adik pernah join study group bersama rakan anda tak? Atau belajar dalam kumpulan?

Kalau anda nak tahu, Pandai baru sahaja mengeluarkan ciri atau feature terbaru iaitu Feature Discussion buat semua pengguna Pandai!☺️

Mesti anda tertanya-tanya apa itu ruangan Discussion ini?
Apa tujuan feature ini dikeluarkan? Adakah ianya sama seperti belajar dalam kumpulan?

Ya, sini. Team Pandai nak cerita kepada anda. 😇

Discussion adalah perkataan daripada Bahasa Inggeris yang membawa maksud perbincangan.  

Perbincangan adalah satu kaedah pengajaran dan pembelajaran yang efektif yang melibatkan beberapa orang. 

Jadi, Feature Discussion terbaru dalam Pandai ini adalah ruangan Perbincangan yang boleh digunakan oleh semua pengguna Pandai. 

Feature Discussion ini dikeluarkan bertujuan memberi peluang pengguna Pandai berbincang atau berkongsi sebarang idea, pendapat dan sebagainya berkaitan soalan/topik pembelajaran di Pandai mengenai soalan yang anda sedang jawab.

Selepas ini, jika anda dan mana-mana pelajar  ingin berkongsi pendapat. Ya! Ruangan Discussion inilah tempat yang anda nanti-nantikan. 

Apa salahnya, anda berbincang bersama-sama dengan komuniti pengguna Pandai kan? Anda bukan sahaja dapat bertukar maklumat malah dapat memberi maklum balas dan bertanya dengan komuniti Pandai bagi suatu topik atau soalan yang anda kurang fahami. Hehe. Menarik, bukan? 

Okay. Macam mana nak cari ruangan discussion?🤔

Ruangan Discussion terletak di bahagian bawah setiap Penerangan dalam soalan. Jangan risau, kesemua soalan dalam Pandai akan disediakan ruangan Discussion. 

Jadi, anda harus menjawab mana-mana soalan, kemudian anda lihat di bahagian bawah soalan. Terdapat ruangan Penerangan dan Discussion disediakan. Anda hanya perlu klik pada ruangan Discussion. Selepas itu, anda boleh memulakan discussion pada mana-mana soalan pun di dalam Pandai. Boleh rujuk gambar di bawah. 👇

Senang kan? 

Jangan tunggu lagi. Jom cuba feature terbaru, Discussion ini di Pandai sekarang. Platform atau ruangan Dicussion ini boleh diakses di web sahaja buat masa ini.  

Kalau nak lagi seronok, jangan lupa ajak kawan-kawan anda guna Pandai dan mulakan ruangan berbincang iaitu Discussion ini bersama-sama.

Pandai sangat mengalu-alukan kehadiran anda dan rakan-rakan anda.Hehe

Bagi yang belum berdaftar dengan Pandai. Jom daftar secara percuma di laman web, www.pandai.org atau download Aplikasi Pandai di Google Playstore atau Apple Store.

Jangan lupa follow media sosial Pandai untuk mendapatkan berita-berita terbaru dari Pandai. 

FB: @pandaiofficial
Instagram:@pandaiofficial
Twitter: @pandaiofficial
Tiktok: @pandaiofficial
Blog: blog.pandai.org

Nak Pandai? Daftar je dengan Pandai!

#SenangJeNakPandai

Related posts
PandaiProgram

Program Cuti Sekolah 2024: Aktiviti Seisi Keluarga! Pandai Carnival

ArticlesPandai

Bersedia untuk Back-To-School dengan Seminar Permulaan Baru 2024!

NewsPandai

Meet Ask PBot: Your Ultimate Study Buddy in Pandai!

Articles

3种高效记忆法:轻松背不易忘