GET PANDAI APP NOW

Pandai

What’s New on July: Simpan soalan penting dengan Bookmark!

Hi semua! Dah jawab berapa soalan dekat Pandai hari ini? 10? 20? 100? 😜

Dalam menjawab banyak-banyak soalan tu, pernah tak terfikir
“Hey, menarik juga soalan ni. Nak simpanlah untuk tengok balik lain kali,”
ataupun
“Kena take note-lah soalan ni, kalau tak silap cikgu kata topik ni penting!”

Haa.. Kalau pernah… Bolehlah try feature terbaru Pandai: Bookmark!

Bookmark dapat membantu pengguna Pandai untuk tanda atau save soalan yang telah dijawab, supaya senang untuk dirujuk semula pada masa hadapan. Mana-mana soalan pun boleh Bookmark, tak kisahlah quiz, test atau exam!

Jadi, macam mana nak guna? Senang aje!

Selepas menjawab soalan, anda hanya perlu click pada Bookmark yang terdapat pada belah atas, kanan soalan tersebut. Ya, sebelah perkataan report tu. Dan… siap!

Tak perlu lagi dah nak salin secara manual, screenshot, atau tercari-cari semula soalan penting dalam test dan quiz yang telah dibuat. Kami dah tolong save-kan semuanya, sekali dengan penjelasan jawapan, nota-nota atau video yang berkaitan.

Kemudian, apabila anda sudah ready untuk tengok semula semua soalan yang telah anda Bookmark, pergi sahaja ke Learn dan pilih Bookmarks.

Dekat situ, anda boleh nampak semua soalan yang pernah anda save, disusun mengikut set-set quiz, test atau exam soalan tersebut.

Senang kan?

Makin mudahlah nak ulangkaji bila guna Pandai! Yay!

Apa lagi? Mesti tak sabar nak try Bookmark soalan baru hari ini. Kalau nak lagi seronok, jangan lupa ajak kawan-kawan untuk naikkan gred bersama dengan menggunakan Pandai. Jadi Budak Pandai sama-sama! 😆

Untuk maklumat lanjut: layari www.pandai.org
Muat turun aplikasi Pandai sekarang di Google Play atau App Store.

Jangan lupa follow media sosial Pandai untuk mendapatkan berita-berita terbaru dari Pandai. 

FB: @pandaiofficial
Instagram:@pandaiofficial
Twitter: @pandaiofficial
Tiktok: @pandaiofficial
Blog: blog.pandai.org

#senangjenakpandai

Related posts
PandaiProgram

Program Cuti Sekolah 2024: Aktiviti Seisi Keluarga! Pandai Carnival

ArticlesPandai

Bersedia untuk Back-To-School dengan Seminar Permulaan Baru 2024!

NewsPandai

Meet Ask PBot: Your Ultimate Study Buddy in Pandai!

Articles

3种高效记忆法:轻松背不易忘