GET PANDAI APP NOW

ArticlesPandai

4 Cara-cara Menangani Masalah Penggunaan Telefon Semasa Memandu.

Baru-baru ini, Australia menguatkuasakan penggunaan telefon kamera khas bagi mengesan pemandu yang menggunakan telefon bimbit di jalan raya. Penguatkuasaan itu menjadikan negara itu yang pertama di dunia berbuat demikian. Menggunakan sistem radar, kamera yang dipasang boleh merakam pemandu yang menggunakan telefon bimbit melalui cermin sisi kenderaan.

Langkah yang diambil itu adalah bagi mengurangkan kecelakaan di jalan raya kerana satu daripada empat kes kemalangan yang berlaku di negara itu berpunca daripada penggunaan telefon bimbit

Tahap keseriusan pemandu yang menggunakan telefon bimbit amat membimbangkan sehinggakan Polis Diraja Malaysia (PDRM) meletakkan ia sebagai salah satu daripada enam punca utama berlakunya kemalangan jalan raya di Malaysia. Ini kerana sikap pemandu yang mengambil mudah aspek keselamatan diri dan pengguna lain menyebabkan mereka tidak kisah tentang larangan penggunaan telefon bimbit ketika memandu

Ini disebabkan apabila menaip, pemandu akan meibatkan beberapa jenis gangguan iaitu gangguan secara visual, fizikal dan kognitif yang boleh mengganggu tumpuan ketika memandu dan meningkatkan risiko untuk terlibat dengan kemalangan.

Cr: iStock

Tips bagaimana menggunakan telefon bimbit ketika memandu

1. Menggunakan alat hands free ear phone.

Dengan cara ini, kedua-dua belah tangan boleh memegang stering dengan sempurna. Ini tidak memerlukan tangan untuk memegang telefon sambil memandu. Cukup sekadar bercakap dan memandu. Namun di India, penggunaan alat earphone ini diharamkan kerana ia fokus pemanduan terganggu kerana buat dua kerja dalam satu waktu semasa memandu adalah berbahaya.

Pemandu boleh menggunakan aplikasi seperti “drive and driving” yang terdapat pada Apple App Store dan Google Play Store yang akan meletakkan telefon bimbit dalam keadaan mod pemanduan seperti tetapan “flight mode” yang terdapat pada semua telefon bimbit bagi memastikan pemanduan selamat.

Pengeluar telefon bimbit pula boleh wujudkan mod atau sensor “drive” yang mana semua aplikasi yang memerlukan input daripada pengguna tidak akan diaktifkan (disable) semasa memandu atau berada di dalam kenderaan.

2. Mendapatkan bantuan kawan untuk memegang telefon bimbit.

Sekiranya anda membawa penumpang, bolehlah memintanya untuk memegangkan telefon tersebut dan gunakan loud speaker untuk bertutur. Dengan cara ini anda masih boleh bersembang tetapi memohon bantuan orang lain. Tapi dikhuatiri jika terlalu lama, orang itu kelenguhan tangan dan bosan.

Cr: Freepik

3. Menyambung line telefon ke aplikasi bluetooth pada radio kereta.

Terkini kebanyakan kereta jenama Honda, Toyota, Nissan ada dilengkapi dengan kemudahan aplikasi bluetooth ini. Cara menyambungkan aplikasi bluetooth telefon bimbit ke radia kereta ini hendaklah dengan membaca manual kereta tersebut kerana setiap kereta tidak sama. Dengan memilih setting bluetooth pada telefon dan juga radio kereta, anda akan dapat bercakap terus tanpa perlu meletakkan telefon bimbit di telinga. Ia seolah-olah anda berbual dengan seseorang dalam radio.

4. Wakilkan penumpang untuk menyembang bagi pihak anda.

Ini adalah cara paling selamat. Anda menyerahkan telefon bimbit kepada penumpang kereta untuk bercakap bagi pihak anda. Jika terdapat soalan, penumpang tersebut akan bertanya anda. Segala percakapan boleh direkodkan, agar anda boleh mendengar semula apa yang dibual sebentar tadi.

Sementara itu pengeluar kereta boleh wujudkan “fungsi wireless” atau aplikasi yang boleh membaca dan menghantar masej melalui arahan suara pada semua model kereta. Namun pengunaanya perlu terhad kepada nombor kecemasan sahaja bagi meminimumkan interaksi antara pemandu dan gajet. Selain itu, operasi penguatkuasaan pihak berkuasa perlu dilakukan dengan lebih kerap dan menyeluruh di seluruh negara bagi mengekang masalah penggunaan telefon bimbit ketika memandu.

Log masuk atau daftar di www.pandai.org di web

Muat turun aplikasi Pandai sekarang di Google Play atau App Store.

Jangan lupa ikuti Pandai di media sosial juga!

FB: @pandaiofficial

Instagram:@pandaiofficial

Twitter: @pandaiofficial

Tiktok: @pandaiofficial

Blog: blog.pandai.org