Yay! Tinggal lagi 14 hari sebelum Hari Malaysia! Apa perancangan anda semua untuk sambutan di rumah?
Haa? Tak ada perancangan? Janganlah macam tu… Walaupun tak ada sambutan besar-besaran macam dulu, tak bermakna perayaan kita ni cancel, ya!
Jom kita baca 5 aktiviti mudah yang dapat menaikkan lagi semangat patriotik kita sambil duduk di rumah.
1. Kibarkan Jalur Gemilang
2. Tonton Filem-Filem Patriotik
Selain daripada dapat menjadi aktiviti keluarga yang bermakna, ia juga adalah peluang untuk mendidik anak-anak tentang peristiwa bersejarah secara menyeronokkan.
Kalau tanya saya? Semestinya saya akan cadangkan satu lagi filem Yasmin Ahmad iaitu Talentime (2009) π
3. Selfie dengan Pakaian Tradisional
4. Hidupkan Lagu Tradisional dan Rakyat
Siapa di sini suka karaoke? Lagu-lagu patriotik memang sesuai kalau nak nyanyi kuat-kuat dan bersemangat kan? π
Selain daripada lagu Tanggal 31, apa kata kita hidupkan semula lagu-lagu tradisional dan rakyat di Youtube dan Spotify kita. Contohnya, lagu Rasa Sayang, Ngajat Tampi, Ayuh Juragan dan Jingkli Nona.
Di sini saya kongsikan satu interpretasi lagu rakyat Dayung Sampan & Tian Mi Mi (penyanyi asal Teresa Teng) yang senang je untuk layan:
5. Jawab Kuiz Bertemakan Kemerdekaan
Kalau 10 tahun lepas, majalah-majalah sering keluarkan kuiz interaktif yang mengikut perayaan semasa. Seronok! Sebab biasanya kita akan buat bersama kawan-kawan dan bandingkan markah masing-masing.
Klik Link di bawah untuk jawab Kuiz π
Kuiz Kemerdekaan π²πΎ: quiz.pandai.org/kuiz-merdeka/
Kuiz Kenali Malaysiaku π²πΎ: quiz.pandai.org/kenali-malaysia/
Sebenarnya, ada banyak lagi cara untuk kita menyambut Bulan Kebangsaan, lagi-lagi secara online. Kalau ikuti hashtag #PandaiAnakMalaysia atau artikel kami sebelum ini, Pandai Team telah menyenaraikan beberapa aktiviti lain yang berlangsung sehingga Hari Malaysia.
Anda ada idea lain? Jom kongsikan di ruangan komen media sosial kami!
Jangan lupa follow kami sekali ya.
Muat turun aplikasi Pandai sekarang di Google Play atau App Store.
FB: @pandaiofficial
Instagram:@pandaiofficial
Twitter: @pandaiofficial
Tiktok: @pandaiofficial
Blog: blog.pandai.org
#senangjenakpandai