Jujur cakap, siapa je tak pernah study last minute? Kadang dah berjanji nak mula awal, tapi tiba-tiba seminggu sebelum exam baru rasa nak buka buku.
Don’t worry! Belajar last minute tak semestinya gagal kalau tahu cara study yang betul untuk exam. Sekarang semuanya di hujung jari — guna phone pun boleh skor!
Jom kita breakdown 5 cara study last minute guna phone yang betul-betul berkesan. Semua ni boleh dibuat terus dalam Pandai App.
1. Buat Kuiz Tajuk Penting

Daripada buka buku tebal minit-minit terakhir ni, lebih baik fokus pada soalan. Kuiz pendek dapat bantu otak untuk ingat balik apa yang penting.
Dalam Pandai App, ada pelbagai soalan mengikut topik dan subjek. Anda boleh pilih bab mana nak ulangkaji, boleh jawab ikut masa sendiri, dan tengok terus jawapan serta penerangan. Bila tersilap jawab, anda boleh tahu di mana silapnya. Lama-lama, otak akan jadi kuat macam “otot” sebab selalu digunakan.
Tip Pandai: Gunakan feature Quiz bila ada masa lapang, sambil tunggu bas pun boleh belajar!
2. Fokus Bab Yang Sering Keluar Dalam Exam


Last minute bukan masa untuk belajar semua. Anda perlu ada strategi dengan cara memberi fokus pada bab penting yang anda masih lemah. Klaau ada progress record, lagi bagus.
Dalam Pandai App, anda boleh tengok analisis bab ikut topik:
- Topik popular dalam peperiksaan lepas
- Bab yang anda paling banyak salah
- dan progress peningkatan markah
Dengan data ni, anda boleh tentukan topik mana yang patut diberi penekanan dalam membuat latihan yang lebih banyak, tanpa membuang masa.
Tip Pandai: Set Favourite dalam app untuk senarai topik yang perlukan penekanan lebih, jadi senang nak ulang semula nanti.
3. Rujuk Video Pendek Bila Dah Penat Baca Nota


Bila dah terlalu banyak baca, otak pun tepu. Masa tu jangan paksa diri, tapi sebaliknya cuba tukar gaya belajar.
Dalam Pandai App, ada video pembelajaran pendek dan ringkas untuk bantu anda faham dengan cepat. Video ni sesuai untuk ditonton semasa otak anda dah tak larat untuk baca nota panjang. Video-video yang terkandung semuanya mudah untuk difahami dan ringkas.
Tip Pandai: Tonton satu video setiap kali rehat dari belajar — macam selit snack time untuk otak.
4. Guna Flashcard Untuk Cepat Hafal

Kalau anda jenis pelupa (terutama subjek fakta macam Sejarah, Sains, atau Bahasa), Flashcard boleh jadi penyelamat. Dengan Flashcard, anda tak perlu baca nota yang panjang. Cukup sekadar baca isi penting sesuatu topik berulang kali.
Dalam Pandai App, ada fungsi Flashcard digital yang padat dengan istilah, definisi, dan formula penting. Anda boleh membuat ulang kaji dengan cepat sewaktu menunggu bas, makan, atau sebelum tidur.
Tip Pandai: Buka Flashcard bila otak dah penat nak baca nota panjang. Sambil scroll pun boleh hafal.
5. Belajar Gaya “Challenge Mode”


Kadang belajar sorang-sorang bosan. Tapi kalau ada rasa nak lawan, semangat jadi rasa lain macam.
Dalam Pandai App, ada feature Battle dan sistem Leaderboard. Anda boleh cabar kawan anda dan tengok siapa paling konsisten, atau sekadar lawan diri sendiri untuk naikkan rank. Macam game multiplayer, tapi lagi best sebab boleh main sambil belajar.
Belajar akan jadi fun bila ada game sikit, sebab setiap kali streak a dantak putus, rasa puas tu lain macam!.
Tip Pandai: Cuba kekalkan streak harian seminggu sebelum exam. Itu maknanya otak anda dah warm-up sepenuhnya.
Last Minute Tak Salah, Asal Guna Strategi Betul
Tak semua orang boleh study awal, dan itu okay. Yang penting, cara anda urus masa dan guna teknologi dengan bijak.
Dengan Pandai App, anda boleh:
- Ulang kaji topik penting dalam bentuk kuiz
- Faham cepat melalui video pendek
- Track progress & prestasi
- Belajar bila-bila masa, walaupun 10 minit sebelum tidur
- dan banyak lagi features menarik yang anda boleh cuba
Ingat, bukan siapa mula dulu yang menang, tapi siapa yang guna masa terakhir dengan paling bijak adalah yang terbaik.
Log in atau daftar di my,pandai.org atau;
Muat turun aplikasi Pandai sekarang di Google Play atau App Store.
Jangan lupa ikuti Pandai di media sosial juga!
FB: @pandaiofficial | Instagram:@pandaiofficial | Tiktok: @pandaiofficial | Blog: blog.pandai.org

