GET PANDAI APP NOW

Pandai

eLADAP: Khas buat Guru-Guru Malaysia

Hai cikgu!

Cikgu-cikgu pasti tidak asing lagi dengan CPD, atau dipanggil sebagai Latihan Dalam Perkhidmatan (LADAP Guru). Ia amat penting bagi memastikan para guru terus meningkatkan ilmu pengetahuan untuk sentiasa berada di tahap terbaik profession mereka. Jadi, ada apa dengan LADAP? Jom baca lagi. 

Di penghujung tahun 2020, Pandai telah mempersembahkan idea projek CINTA (Continuous Improvement in Teaching App) dalam pertandingan MyHackathon, anjuran Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi Malaysia  yang bertujuan untuk menggembleng kreativiti sektor swasta bagi menyelesaikan masalah-masalah sektor awam. Solusi CINTA telah berjaya memenangi sejumlah geran bernilai RM250,000 yang telah digunakan sepenuhnya untuk membangunkan projek ini di bawah nama baru, eLADAP.   

Pihak pengurusan Pandai menerima sijil graduasi program MyHackaton daripada Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Dato’ Sri Dr. Adham Baba pada 1 Disember 2021.

Berita baiknya adalah, eLADAP sudahpun boleh digunakan sekarang oleh guru-guru seluruh Malaysia secara PERCUMA di platform Pandai Guru!

Pandai Guru menyediakan pelajaran LADAP secara atas talian

Kebanyakan guru kurang berminat untuk menghadiri kursus LADAP kerana mereka perlu memperuntukkan masa untuk kursus tersebut dan akan mengganggu tugas mereka untuk mengajar. Dengan eLADAP, guru-guru dapat belajar mengikut kemampuan masing-masing dan pastinya tidak akan terikat dengan masa dan tempat. Dengan cara ini, para guru dapat belajar dengan lebih efisien tanpa perlu mengenepikan tugas hakiki.

Siapakah yang menyumbang kepada kandungan eLADAP?

Kandungan CPD eLADAP disumbang oleh para guru, barisan profesor dan pakar-pakar dalam bidang pendidikan. Mereka berkongsi amalan-amalan terbaik dan kaedah-kaedah yang terbukti berkesan untuk mengendalikan pelajar. Jadi, kandungan-kandungan ini adalah sangat praktikal dan semestinya boleh dipraktikkan oleh guru-guru yang lain.

Bagaimana cara untuk mengakses eLADAP? 

Ikuti langkah-langkah di bawah.

  1. Pergi ke www.pandai.org.
  2. Klik ‘Log Masuk’.
  3. Pilih Daftar untuk membuat akaun baru (disarankan untuk menggunakan emel moe-dl.edu.my bagi pengesahan status serta merta) dan pilih untuk membuat akaun guru 
    atau
    isi sahaja nama pengguna dan kata laluan bagi yang sudah mempunyai akaun Pandai Guru.
  4. Setelah anda mendaftar masuk, anda akan terus dibawa ke halaman eLADAP.

Pertandingan pembinaan kandungan eLADAP

Buat cikgu-cikgu yang sedang membaca artikel ini, kami dengan sukahati menjemput anda untuk menyertai pertandingan pembinaan kandungan eLADAP. Caranya mudah sahaja. 

  1. Hasilkan video selama 3-5 minit mengenai ‘best practices’ dalam pengajaran.
  2. Sediakan soalan-soalan uji pengetahuan (sebelum pelajaran), pop kuiz (tentang pelajaran) dan refleksi (pengajaran daripada pelajaran).
  3. Emelkan penyertaan ke [email protected] sebelum 31 Januari 2022.

*Penyertaan berganda amatlah dialu-alukan.

Apakah hadiahnya? 

Tunggu apa lagi? Jom mula fikir idea video apa yang menarik untuk menang. Jangan lupa ajak rakan-rakan guru yang lain juga ya. Lagi ramai lagi meriah!

Shout out: we’re not regular teachers. We are Pandai Teachers! 

Jangan lupa ikuti media sosial Pandai untuk mendapatkan berita-berita terkini daripada Pandai. 

Jom daftar Pandai Guru sekarang!

#SenangJeNakPandai

FB: @pandaiofficial

Instagram:@pandaiofficial

Twitter: @pandaiofficial

Tiktok: @pandaiofficial

Blog: blog.pandai.org

Related posts
NewsPandai

Persediaan Pentaksiran Kemasukan Sekolah Khusus (PKSK) 2024/2025 dalam Projek Level Up Pandai!

CorporateNews

GOOD NEWS! Pandai Achieves ISO 27001:2022 Certification

PandaiProgram

FINALIST ANNOUNCEMENT & ANSWER REVEAL! - Brain Buster Challenge 2024

PandaiProgram

BRAIN BUSTER CHALLENGE: Unlock Your Mind and Solve The IMPOSSIBLE!