Hai, pengguna Pandai! Adakah anda tahu bahawa Pandai telah mewujudkan platform Pandai yang baharu khas untuk ibubapa?
Kini, bukan pelajar sahaja yang boleh menggunakan Pandai. Ibubapa pun boleh menggunakan platform ini untuk memantau kemajuan anak-anak mereka!
Menarik, bukan? Jom baca lagi.
Apa itu Pandai Parent?
Pandai Parent merupakan suatu aplikasi terbaru khas buat ibubapa di Malaysia. Melalui Pandai Parent, ibubapa dapat memantau kemajuan dan prestasi anak dalam pelajaran selain dapat berinteraksi dengan anak sepanjang proses pembelajaran dengan mudah!
Apa yang menarik dalam Pandai Parent?
- Ibubapa memperoleh akses sepenuhnya untuk melog masuk ke akaun anak.
- Ibubapa berupaya melihat setiap aktiviti pembelajaran anak dalam akaun Pandai mereka. Segala aktiviti anak seperti subjek kuiz yang dibuat, skor setiap kuiz dapat dipantau pada setiap masa.
- Ibubapa juga boleh melihat tahap prestasi anak di kad laporan melalui akaun Pandai Parent. Kad laporan memberi maklumat tentang kemajuan anak-anak mengikut subjek dan topik.
- Ibubapa boleh menetapkan sasaran untuk anak dan hadiah jika mereka mencapai sasaran tersebut. Fungsi ini membuatkan pembelajaran anak lebih interaktif dan lebih menarik minat mereka untuk membuat latihan.
Rujuk blogpost ini http://blog.pandai.org/pandai-parents-goals-and-rewards/ - Ibubapa juga boleh memperbaharui langganan dan membuat pembayaran Premium anak melalui akaun Parent. Fungsi ini memudahkan ibubapa untuk menyemak status dan memperbaharui langganan jika perlu.
Senang dan mudah, bukan?
Segalanya di hujung jari. Untuk maklumat lebih lanjut tentang ciri-ciri Pandai Parent,
klik pada link ini https://bit.ly/ciri-ciripandaiparent
Selepas ini, ibubapa dan anak yang menggunakan Pandai boleh saling berhubung dan berinteraksi sepanjang proses pembelajaran melalui platform Pandai Parent ini.
Jom daftar akaun Pandai Parent secara PERCUMA! Bukan itu sahaja, anak boleh mendaftarkan akaun Parent bagi pihak ibubapa dan terima ganjaran berganda!
Untuk ketahui caranya sila rujuk blogpost ini http://blog.pandai.org/daftar-pandai-parents-untuk-syiling-dan-nyawa-lebih/
Jadi, tunggu apa lagi? Kepada semua ibubapa di luar sana, jom daftar akaun Pandai Parent sekarang!
Macam mana nak daftar? Senang sahaja. Ikuti langkah dibawah:
Cara mendaftar Pandai Parent:
- Layari www.pandai.org
- Pilih ‘Daftar’.
- Kemudian pilih pengguna sebagai ‘Ibubapa’.
- Isi maklumat bagi pendaftaran akaun Pandai Parent.
Banyak kelebihan penggunaan Pandai Parent ini.
Kepada yang masih belum mendaftar dengan Pandai, rebutlah peluang ini dengan segera!
Jangan lupa ikuti media sosial Pandai untuk mendapatkan berita-berita terkini daripada Pandai.
Jom daftar Pandai Parent sekarang!
#SenangJeNakPandai
FB: @pandaiofficial
Instagram:@pandaiofficial
Twitter: @pandaiofficial
Tiktok: @pandaiofficial
Blog: blog.pandai.org