GET PANDAI APP NOW

Pandai

Pelancaran Pertandingan Akademik Aplikasi Mudah Alih PERTAMA di Malaysia — Juara Delima Pandai!

Dunia pendidikan Malaysia kini menyaksikan sebuah inisiatif yang segar dan penuh semangat — Pertandingan Juara Delima Pandai (JDP), pertandingan akademik pertama di Malaysia yang dijalankan sepenuhnya melalui aplikasi mudah alih!

Sebelum bermula secara rasmi pada 1 Jun, Pandai telah mengadakan majlis pelancaran awal JDP yang sangat bermakna pada 28 Mei 2025 di SMK Nilai Impian, Negeri Sembilan. Hampir 500 orang guru dari pelbagai sekolah sekitar Negeri Sembilan hadir untuk bersama-sama menyaksikan pelancaran ini.

Majlis ini disempurnakan oleh Tuan Aiman, bersama Encik Khairul (CEO Pandai), serta wakil dari Pandai dan rakan kolaborasi strategik termasuk Encik Akmal, Encik Suhaimi, pasukan Alphated, SSTP Negeri Sembilan, dan wakil dari sekolah tuan rumah. Pelancaran ini bukan sahaja simbolik permulaan pertandingan, tetapi turut menunjukkan komitmen kuat terhadap inisiatif digital pendidikan di Malaysia.

Paling membanggakan, sejurus selepas menerima hampir 9,400 keping poster rasmi pertandingan JDP, para guru yang hadir menunjukkan keterujaan luar biasa. Ramai guru menyuarakan hasrat untuk mengadakan sesi taklimat secara dalam talian dan mendapatkan maklumat lebih lanjut supaya lebih ramai pelajar dapat menyertai JDP dari sekolah masing-masing.

Lebih menarik, 13 buah sekolah telah menyertai fasa “Kickstart” JDP, membabitkan 2,109 pelajar berdaftar awal — satu angka yang membuktikan potensi besar pertandingan ini. Malah, Negeri Sembilan menyatakan cita-cita untuk menjadi negeri nombor 1 dalam leaderboard JDP!

Apa Itu Juara Delima Pandai? Juara Delima Pandai (JDP) ialah pertandingan akademik yang dijalankan sepenuhnya melalui aplikasi pembelajaran Pandai. Ia dibuka kepada semua pelajar sekolah rendah dan menengah di Malaysia, berumur 7 hingga 17 tahun, dan berlangsung dari 1 Jun hingga 31 Oktober 2025.

Melalui pertandingan ini, pelajar akan:

  • Menjawab kuiz berdasarkan silibus sekolah sebenar
  • Menyelesaikan misi & cabaran akademik
  • Mengumpul Ruby (mata ganjaran)
  • Mengejar ranking harian & bulanan
  • Memanjat tier (Tier I hingga Top 15)

Lebih banyak Ruby yang dikumpul, lebih tinggi kedudukan pelajar dalam leaderboard, sekaligus membuka peluang untuk menangi hadiah lumayan bernilai lebih RM250,000!

Objektif Juara Delima Pandai

Pandai memperkenalkan JDP dengan misi untuk:

  • Menjadikan pembelajaran lebih menyeronokkan dan interaktif
  • Mendorong konsistensi dalam ulang kaji harian
  • Menggalakkan persaingan sihat antara pelajar
  • Memberi ganjaran kepada pelajar & sekolah yang aktif

Juara Delima Pandai membuka ruang pembelajaran inklusif kepada semua — percuma dan mudah diakses. Selain itu, JDP juga menyumbang markah PAJSK peringkat kebangsaan, yang penting untuk penilaian sahsiah dan kokurikulum pelajar.

Kenapa Semua Pelajar Patut Sertai?

✅ PERCUMA sepenuhnya — tiada bayaran dikenakan
✅ Ikut silibus sebenar — selari dengan apa yang dipelajari di sekolah
✅ Adil & teratur — pelajar bersaing mengikut kategori sekolah rendah (SK) dan menengah (SMK)
✅ Peluang menang hadiah setiap bulan & keseluruhan
✅ Markah PAJSK diberikan secara rasmi
✅ Leaderboard dikemaskini setiap hari
✅ Mini contest & cabutan bertuah bulanan disediakan!

Cara Sertai JDP

  1. Muat turun aplikasi Pandai di Google Play / App Store
  2. Daftar & aktifkan penyertaan JDP dalam app
  3. Jawab kuiz harian bertag “Juara Delima”
  4. Main game & kumpul multiplier untuk gandakan Ruby
  5. Kekalkan konsistensi untuk naik Tier & kejar ranking!

Ranking ini diasingkan ikut negeri dan sekolah, jadi anda hanya bersaing dengan pelajar setempat dahulu sebelum mara ke peringkat kebangsaan!

Lebih RM250,000 hadiah ditawarkan!

🎧 Gajet & aksesori digital
🎒 Barangan sekolah & edisi khas
🏆 Penghargaan khas untuk Tier tertinggi
💥 Cabutan bertuah 10X ganda untuk pelajar aktif
📦 Hadiah bulanan dan akhir tahun

Bukan itu saja, guru & sekolah yang berjaya menggerakkan penyertaan tertinggi juga akan diberi pengiktirafan dan hadiah sokongan khas daripada pihak Pandai.

Untuk Guru & Ibu Bapa

JDP turut memberikan peluang kepada guru dan ibu bapa untuk:

  • Menyokong pelajar dengan cara yang menyeronokkan
  • Memantau prestasi anak atau murid secara harian
  • Menjadi sebahagian daripada transformasi pendidikan digital negara

Kami menggalakkan ibu bapa dan guru untuk bantu pelajar kekal konsisten dan terus memberi semangat sepanjang pertandingan berlangsung!

📅 Pertandingan berlangsung: 1 Jun – 31 Oktober 2025
📲 Klik untuk daftar sekarang: https://my.pandai.org/juaradelima-my
📸 Atau imbas QR kod pada poster rasmi JDP

Klik link sekarang dan jadi antara yang terawal naik leaderboard!
Mari kita jadikan JDP satu gerakan nasional untuk semarakkan budaya belajar dengan lebih fun, bermakna, dan berimpak tinggi! 🔥