GET PANDAI APP NOW

NewsPandai

Persatuan Guru Besar Malaysia (PGBM) Tandatangani Memorandum Persefahaman bersama Pandai Education

Persatuan Guru Besar Malaysia (PGBM) dan Pandai Education Sdn. Bhd. (Pandai) telah menandatangani satu memorandum persefahaman (MOU) pada 7 Januari 2023 di Tamu Hotel & Suites, Kuala Lumpur.

Perjanjian tersebut disempurnakan oleh Yang di-Pertua (YDP) PGBM, Hj Abdul Rahman bin Ibas, dan Ketua Pegawai Eksekutif Pandai, Khairul Anwar bin Mohamad Zaki. Kolaborasi tersebut adalah untuk meluaskan penggunaan aplikasi pendidikan Pandai di kalangan pelajar-pelajar melalui sekolah-sekolah di seluruh Malaysia, mulai tahun ini. Turut hadir dalam majlis tersebut ialah 40 orang guru-guru besar dari seluruh negara yang mewakili persatuan-persatuan guru besar negeri masing-masing.

Inisiatif ini mula dirancangkan pada 7 Disember 2022 semasa pertemuan wakil-wakil Pandai bersama YDP Persatuan Guru Besar Johor, dan ia akan dilancarkan tahun ini. Dalam memorandum persefahaman yang ditandatangani, kedua-dua pihak akan bekerjasama untuk memperkenalkan aplikasi Pandai ke sekolah-sekolah, termasuk membantu komuniti pelajar di kawasan luar bandar untuk mendapat akses ke pendidikan berkualiti melalui aplikasi Pandai.

Aplikasi Pandai yang dibangunkan sejak 2020 ini telah terbukti membantu ratusan ribu pelajar sekolah belajar dengan lebih efektif, sekaligus meningkatkan prestasi akademik mereka. Oleh itu kerjasama strategik ini diharap dapat memberi manfaat yang besar kepada pelajar dan guru di sekolah-sekolah, bermula di Johor dan kemudiannya di seluruh negara. 

Khairul Anwar berkata “Kerjasama antara Pandai Education dan PGBM adalah langkah penting dalam usaha kami untuk merevolusi pendidikan di Malaysia melalui penggunaan teknologi. PGBM mewakili jaringan besar pendidik-pendidi dan sekolah-sekolah di seluruh negara.”

“Bersama-sama, kami akan terus meningkatkan kualiti dan fungsi-fungsi aplikasi Pandai, dengan bantuan guru-guru sekolah. Kami sangat berbangga dapat bekerjasama dengan PGBM.”

“Kerjasama ini tidak hanya akan meningkatkan pengalaman pembelajaran untuk pelajar-pelajar, tetapi juga akan memberi ruang kepada guru-guru dan ibu bapa untuk terlibat secara langsung dalam pendidikan anak-anak mereka melalui modul baru kami iaitu Pandai Parent dan Pandai Teacher.”

“Kami berharap kerjasama ini akan memberi kesan positif kepada sektor pendidikan di Malaysia dan masa depan pelajar-pelajar dan guru-guru.” katanya tentang perjanjian memorandum persefahaman antara PGBM dan Pandai.

Log in and register at www.pandai.org

Download Pandai App at Google Play or App Store.

FB: @pandaiofficial

Instagram:@pandaiofficial

Twitter: @pandaiofficial

Tiktok: @pandaiofficial

Blog: blog.pandai.org

Related posts
NewsPandai

Persediaan Pentaksiran Kemasukan Sekolah Khusus (PKSK) 2024/2025 dalam Projek Level Up Pandai!

CorporateNews

GOOD NEWS! Pandai Achieves ISO 27001:2022 Certification

PandaiProgram

FINALIST ANNOUNCEMENT & ANSWER REVEAL! - Brain Buster Challenge 2024

PandaiProgram

BRAIN BUSTER CHALLENGE: Unlock Your Mind and Solve The IMPOSSIBLE!