Seperti yang kita ketahui, Majlis Amanah Rakyat, MARA akan mengadakan Ujian Khas untuk kemasukan ke Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) bagi pelajar Tingkatan 1 dan 4 tahun 2024, secara berperingkat mulai November 2023.
- Sesi 1 : November dan Disember 2023
- Sesi 2 : Januari 2024
- Sesi 3 : Februari 2024
Tarikh-Tarikh Penting UKKM
Tarikh permohonan UKKM dibuka atas talian mulai 15 September 2023 hingga 20 Oktober 2023. Klik sini untuk membuat permohonan.
Sukacita dimaklumkan bahawa tarikh semakan panggilan UKKM/ Ujian Khas Ulul Albab/ ICGSE/ Teknikal kini dibuka bermula 27 Oktober (mulai jam 8.00 malam) hingga 22 Disember 2023. Klik sini untuk membuat semakan bagi tingkatan 1 dan tingkatan 4.
Syarat Kemasukan UKKM
- Warganegara Malaysia
- Ibu dan/ atau bapa kandung ialah warganegara
- Malaysia
- Sihat tubuh badan
- Ibu bapa/ penjaga dan penjamin yang bukan disenarai hitam oleh MARA
- Keutamaan diberikan kepada pemohon daripada keluarga berpendapatan rendah yang memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan
- Pemohon adalah:
- Murid Tahun 6 Tahun Sesi 2023
- Berumur 12 tahun atau
- Lahir pada 2 Januari 2011 – 1 Januari 2012
- Murid Tingkatan 3 Sesi 2023
- Berumur 15 tahun atau
- Lahir pada 2 Januari 2008 – 1 Januari 2009
- Murid Tahun 6 Tahun Sesi 2023
Jenis-jenis MRSM
- Program Premier (Tingkatan 1 & 4)
- MRSM Program Premier menawarkan program pendidikan gabungan antara kurikulum kebangsaan dan kurikulum khas MRSM berteraskan STEM yang merangkumi modul pembangunan sahsiah, modul keusahawanan serta modul kemahiran insaniah.
- Pelajar-pelajar di MRSM akan mengikuti sukatan pelajaran Kurikulum Standard Sekolah Menengah (KSSM), Kursus Khas dan Kursus Pembangunan Sahsiah.
- IGCSE (Tingkatan 1)
- MRSM Program International General Certificate of Secondary Education (IGCSE) menawarkan program pendidikan gabungan antara kurikulum kebangsaan, kurikulum khas MRSM berteraskan STEM dan Kurikulum Cambridge IGCSE yang merangkumi modul pembangunan sahsiah, modul keusahawanan serta modul kemahiran insaniah. Pelajar-pelajar di MRSM akan mengikuti sukatan pelajaran Kurikulum Standard Sekolah Menengah (KSSM), Kursus Khas dan Kursus Pembangunan Sahsiah.
- Program in memberikan peluang kepada pelajar untuk mengikuti kurikulum antarabangsa seawal umur 13 tahun lagi. Cambridge Syllabus merupakan kurikulum yang diktiraf di seluruh dunia setaraf British GCSE dan International GCE O Level.
- Integrasi kurikulum in akan memberikan nilai tambah (value add) kepada pengalaman pembelajaran pelajar. Pelajar akan menduduki Cambridge IGCSE pada akhir tahun Tingkatan 4 dan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) semasa Tingkatan 5.
- Ulul albab (Tingkatan 1)
- MRSM Program Teknikal menawarkan program pendidikan gabungan antara kurikulum kebangsaan dan kurikulum khas MRSM berteraskan STEM yang merangkumi modul pembangunan sahsiah, modul keusahawanan serta modul kemahiran insaniah. Pelajar-pelajar di MRSM akan mengikuti sukatan pelajaran Kurikulum Standard Sekolah Menengah (KSSM), Kursus Khas dan Kursus Pembangunan Sahsiah.
- Program Ulul Alba ialah program nilai tambah termasuk Tahfiz al-Quran yang bermatlamat melahirkan ahli profesional, teknokrat dan usahawan yang bukan sahaja berilmu pengetahuan tetapi mempunyai kemahiran dalam bidang keagamaan berlandaskan al-Quran dan al-Sunnah sebagai generasi Ulu Albab.
- Teknikal (Tingkatan 1)
- MRSM Program Teknikal menawarkan program pendidikan gabungan antara kurikulum kebangsaan dan kurikulum khas MRSM berteraskan STEM yang merangkumi modul pembangunan sahsiah, modul keusahawanan serta modul kemahiran insaniah. Pelajar-pelajar di MRSM akan mengikuti sukatan pelajaran Kurikulum Standard Sekolah Menengah (KSSM), Kursus Khas dan Kursus Pembangunan Sahsiah.
- Program Teknikal menerapkan elemen teknikal melalui mata pelajaran Sains Kejuruteraan seperti ilmu Kejuruteraan Robotik, Kejuruteraan Mekanikal, Kejuruteraan Elektrikal dan Internet of Things (loT) yang bermula dari Tingkatan 1 hingga Tingkatan 5.
- Pada perinakat Tingkatan 4 dan Tingkatan 5, pelajar perlu mengambil subjek Lukisan Kejuruteraan sebagai subjek elektif pilihan wajib.
- Bitara (Tingkatan 4)
- MRSM Program Bitara menawarkan program pendidikan gabungan antara kurikulum kebangsaan dan kurikulum khas MRSM berteraskan STEM yang merangkumi modul pembangunan sahsiah, modul keusahawanan serta modul kemahiran insaniah. Pelajar-pelajar di MRSM akan mengikuti sukatan pelajaran Kurikulum Standard Sekolah Menengah (KSSM), Kursus Khas dan Kursus Pembanqunan Sahsiah.
- MRSM Program Bitara menawarkan pendidikan kepada pelajar yang mempunyai pencapaian akademik tinggi melalui pendekatan pembelajaran pintar cerdas dan pembangunan bakat serta potensi pelajar (gifted & talented).
- MRSM Program Bitara melaksanakan modifikasi kurikulum melalui pendekatan pemadatan, pelebaran dan pedalaman (compacting, breadth and depth) bag melahirkan pelajar yang mempamerkan perlakuan bestari (gifted behavior).
Format UKKM
Untuk pengambilan pelajar MRSM tahun 2024, pelajar Tahun Enam dan pelajar Tingkatan 3 yang berminat untuk memohon kemasukan ke Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) diwajibkan menduduki ujian khas. Ujian ini adalah untuk menguji potensi dan minat pelajar sebelum melayakkan diri ke peringkat pertimbangan kemasukan ke MRSM.
Terdapat empat subjek atau ujian yang perlu diambil oleh pemohon serta mendapat keputusan sekurang-kurangnya lulus setiap satu ujian yang diduduki. Empat subjek tersebut ialah Bahasa Melayu, Matematik, Sains, dan Keperibadian dalam bentuk objektif dan subjektif. Untuk pemohon yang memohon MRSM Ulul Albab, IGSCE dan Teknikal anda dikehendaki menduduki ujian tambahan yang berkaitan dengan MRSM pilihan anda sebagai syarat tambahan.
Jadi, bagi membantu para pelajar membuat persediaan menghadapi ujian UKKM yang sebenar, Pandai telah menyediakan 16 set latihan Ujian Kecenderungan Kemasukan MRSM (UKKM) merangkumi subjek Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik dan Sains mengikut perincian format yang dikongsikan oleh MARA bagi Tingkatan 1 dan Tingkatan 4. Set soalan ini boleh diakses di Pandai pada bahagian Latihan atau ‘Practice‘.
Kesemua 16 set latihan ujian ini boleh diakses secara percuma dan eksklusif bagi pengguna premium sahaja. Kami juga telah menyenaraikan dengan mudah dan menyediakan pautan bagi semua set ujian ini mengikut Tahun 6 dan Tingkatan 3 buat anda semua. Setiap Set Ujian tersebut boleh diakses dan klik sahaja dengan pautan dibawah.
Tahun 6
Bahasa Melayu | Set 1 | Set 2 | Set 3 | Set 4 |
Bahasa Inggeris | Set 1 | Set 2 | Set 3 | Set 4 |
Matematik | Set 1 | Set 2 | Set 3 | Set 4 |
Sains | Set 1 | Set 2 | Set 3 | Set 4 |
Tingkatan 3
Bahasa Melayu | Set 1 | Set 2 | Set 3 | Set 4 |
Bahasa Inggeris | Set 1 | Set 2 | Set 3 | Set 4 |
Matematik | Set 1 | Set 2 | Set 3 | Set 4 |
Sains | Set 1 | Set 2 | Set 3 | Set 4 |
Untuk makluman, set soalan ini mengandungi contoh-contoh soalan latihan untuk membantu persediaan pelajar menghadapi UKKM. Set soalan ini bukan ujian rasmi daripada MARA. Ia bukan set soalan UKKM yang sebenar, atau set soalan UKKM yang terdahulu. Ini kerana MARA tidak pernah melantik ejen atau pihak ketiga dalam menyediakan perkhidmatan dan penjualan set soalan UKKM bagi kemasukan pelajar ke MRSM.
Diharap dengan adanya set latihan ujian UKKM di dalam Pandai boleh membantu pelajar membuat persediaan yang lebih baik untuk mendapat keputusan yang cemerlang dan dapat memasuki MRSM yang di cita-citakan.
Selamat berjaya diucapkan untuk adik-adik!
Log masuk atau daftar di www.pandai.org di web
Muat turun aplikasi Pandai sekarang di Google Play atau App Store
FB: @pandaiofficial | Instagram:@pandaiofficial | Twitter: @pandaiofficial | Tiktok: @pandaiofficial