GET PANDAI APP NOW

ArticlesPandai

Sejauh Mana Konsep Peta Minda Membantu Pembelajaran Visual?

Betul ke Mind Map berkesan dalam Pembelajaran?

Pelajar sering menyebut solusi kepada penghafalan dan pemahaman secara ringkas adalah dengan cara peta pemikiran atau kaedah yang dinamakan “mind mapping”. Teknik ini adalah teknik pemanfaatan seluruh potensi otak yang kita guna dalam bentuk visual. Sebagai contoh; mind mapping adalah sebuah inisiatif yang dapat dimanfaatkan untuk keperluan brainstorming, interview, meeting, project management dan pembentangan. 

Visual yang dibuat dalam mind map dapat membantu pelajar untuk mengatur informasi yang baru diterima dan memahami konsepnya secara menyeluruh. Biasanya, pembuatan mind map dilakukan oleh pelajar ketika sedang belajar “last minute”. Kebanyakkan Pandai Teacher juga menggunakan kaedah ini agar pelajar dapat memahami pembelajaran yang disampaikan secara komprehensif dalam Live Tuition oleh Pandai. 

Tujuan utama dari mind mapping adalah untuk pelajar faham pengajaran yang dilakukan, bukan sebagai hafalan saja. Makanya, banyak jenis-jenis mind map yang boleh digunakan mengikut yang kesesuaian mata pelajaran.

  1. Flow Map

Flop Map selalunya digunakan untuk merumuskan atau membuat formula berkaitan data ataupun prosedur yang memerlukan maklumat yang lebih terperinci. Hiasan dan “pattern” sangat diperlukan untuk lebih mudah memahami. Tapi jangan sampai hiasan menyulitkan diri sendiri dan memakan banyak waktu.

  1. Simpel Map

      Selalu nya pelajar tidak gemar map-map yang rumit, maka mind mapping simpel selalu menjadi pilihan mereka. Cara rangka jenis map ini sangat senang! Hanya perlukan beberapa point yang ringkas dan tidak terlalu panjang 

  1. Tree Map

Mind mapping yang paling kerap dijumpai adalah mind mapping pohon. Pelajar memerlukan kretaiviti yang cukup untuk melukis map pokok ini. Dalam pembuatan mind mapping pokok, batang pokok itu sendiri boleh dijadikan sebagai “main point” dan akar atau daun bisa dijadikan sebagai point-point penting dari pokok tersebut.

Idea dari cabang pertama boleh dihurai dengan lebih lagi sehingga menjadi ranting kecil. Point lain ini juga boleh dihubung dengan sub topic dari “main idea”

  1. Circle Map

    Ada juga pelajar yang suka mengelompokkan atau mendefinisikan sebuah konsep secara detail, maka circle map sangat sesuai untuk digunakan pada saat brainstorming. 

    Bentuk circle map paling popular di kalangan pelajar untuk membantu mereka dalam memahami simbolisasi, gambar, dan deskripsi. 

  1. Bubble Map

     Untuk Mind Map jenis Bubble, biasanya digunakan untuk memperjelas seluruh konsep atau idea seringkas mungkin. Bubble map mempunyai bentuk seperti gelembung yang terhubung dengan lingkaran besar sebagai idea utama dari sebuah konsep. 

Jadi jangan lupa! Dengan menggunakan mind mapping juga boleh mendapatkan beberapa manfaat seperti,

  • Membantu memahami konsep-konsep baru
  • Mendapatkan idea-idea kreatif
  • Membantu dalam melakukan pembentangan
  • Memudahkan dalam merumuskan masalah

Log in atau daftar di www.pandai.org di web

Muat turun aplikasi Pandai sekarang di Google Play atau App Store.

Jangan lupa ikuti Pandai di media sosial juga!

FB: @pandaiofficial

Instagram:@pandaiofficial

Twitter: @pandaiofficial

Tiktok: @pandaiofficialBlog: blog.pandai.or

Related posts
PandaiProgram

Pandai Nak Bagi Duit Raya RM100 - Ceria Ramadan Raya is BACK!

Articles

Jadual Waktu Solat bagi Bulan Ramadan 1443H / 2024M

NewsPandai

Pandai Partners With MCPA To Empower Youth for Work Readiness!

Pandai

Jom SCORE dengan Strategi Kemahiran Belajar Top Students di Malaysia!