GET PANDAI APP NOW

ArticlesPandai

Adakah Pembelajaran Atas Talian Masih Lagi Satu Keperluan?

Pada era revolusi ini, pembelajaran atas talian menjadi satu pengalaman mencabar yang perlahan-lahan diamalkan untuk menggantikan pembelajaran bilik darjah. Hal ini berlaku setelah pengisytiharan wabak oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) dimana pusat pengajian dan sektor pendidikan ditutup sehingga dimaklumkan pulih. Kemahiran pembelajaran adalah salah satu kemahiran utama dalam Abad Ke-21 yang perlu dikuasai oleh setiap individu untuk berjaya. Untuk mengatasi transformasi yang mendadak ini, konsep pembelajaran atas talian telah dilaksanakan seluruh Malaysia yang telah memberi impak positif dan negatif kepada pendidik dan murid.

Di mana keperluan dan kepentingan pembelajaran dalam talian?

Dalam usaha untuk untuk memastikan semua murid tidak ketinggalan dalam mengikuti pembelajaran, warga pendidik mula menggunakan kaedah pembelajaran secara atas talian kerana kaedah ini telah membuktikan bahawa dengan kebolehcapaian internet dan kestabilan platform, pengajaran mampu memenuhi Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK).

Kaedah yang dijalankan adalah yang paling ideal untuk mengukur tahap pengetahuan murid. Ini kerana, kaedah pentaksiran ini merupakan kombinasi daripada subjek teras yang merupakan lapisan pertama dan elektif sebagai lapisan kedua. Hasilnya, ia mampu mengukur keupayaan pemikiran aras tinggi murid dan mengukuhkan penerapan nilai kepada murid.

Pembelajaran atas talian mampu memenuhi keperluan komponen pembentukan intelektual, rohani, emosi dan jasmani. Ini secara tidak langsung memenuhi hasrat Falsafah Pendidikan Negara yang ingin melahirkan murid yang seimbang dalam semua aspek tersebut. Para pendidik juga merangsang sistem kognitif murid secara terus dengan memilih platform pengajaran dan pembelajaran yang sesuai.

Dalam alaf yang moden ini, murid perlu menentukan apa yang ingin dipelajari dengan mencari bahan di platform pembelajaran maya seperti Google Classroom dan e-learning yang telah dimuat naik oleh pendidik. Murid juga kemudian perlu menyusun masa untuk meneliti bahan tersebut dan menyelesaikannya. Kaedah pengajaran begini juga adalah salah satu cara yang berkesan dan boleh membantu murid mencapai pembelajaran yang maksimum. Selain itu, sesi pembelajaran atas talian juga mempunyai jadual lengkap yang telah ditetapkan oleh pendidik.

Para pendidik juga menjadi lebih kreatif dalam mempelbagaikan kaedah pengajaran atas talian. Dengan kaedah ini, murid boleh berhubung dengan para pendidik sekiranya mereka mengalami masalah dalam pembelajaran. Masalah ini boleh diselesaikan dalam Pandai “Live Tuition” di mana ciri ini dapat membantu murid berdepan dengan norma baharu pembelajaran dan dapat berkomunikasi dengan lebih efektif.

“Bak kata pepatah, kalau tidak dipecahkan ruyung, manakan dapat sagunya”

Murid perlu membuka minda untuk meneliti bahan pembelajaran di atas talian. Pencarian bahan pembelajaran yang sahih dan betul juga merupakan salah satu kemahiran pembelajaran sepanjang hayat yang perlu dibina. Ini termasuk nota atau buku elektronik, video dan platform pembelajaran terbuka seperti Pandai Education yang menarik dan berkesan. Pelaksanaan pembelajaran atas talian telah lama dipraktikkan di negara-negara maju kerana ia dipercayai mampu memberikan pelbagai manfaat dan kebaikan. Justeru itu, kita tidak seharusnya berada di takuk lama dan kita perlu meneruskan pembelajaran atas talian untuk pembelajaran sepanjang hayat.

Log in atau daftar di www.pandai.org di web

Muat turun aplikasi Pandai sekarang di Google Play atau App Store.

Jangan lupa ikuti Pandai di media sosial juga!

FB: @pandaiofficial

Instagram:@pandaiofficial

Twitter: @pandaiofficial

Tiktok: @pandaiofficialBlog: blog.pandai.org

Related posts
PandaiProgram

Pandai Nak Bagi Duit Raya RM100 - Ceria Ramadan Raya is BACK!

Articles

Jadual Waktu Solat bagi Bulan Ramadan 1443H / 2024M

NewsPandai

Pandai Partners With MCPA To Empower Youth for Work Readiness!

Pandai

Jom SCORE dengan Strategi Kemahiran Belajar Top Students di Malaysia!