GET PANDAI APP NOW

PandaiProgram

Bantuan Belajar Pasca Banjir 2022

1. Pendahuluan

Berdasarkan bencana banjir yang telah melanda beberapa negeri semenjak akhir tahun 2021, Team Pandai ingin menyediakan sumbangan Bantuan Belajar Pasca Banjir 2022 buat semua pelajar Malaysia yang terkesan akibat bencana ini.

Bantuan ini bertujuan untuk meringankan beban para ibu bapa dalam menyediakan perkhidmatan pembelajaran buat anak-anak sejurus memberi peluang kepada para pelajar untuk menikmati pembelajaran menggunakan Pandai Premium secara percuma selama 3 bulan. 

Dengan Pandai Premium, para pelajar akan menerima bahan dan perkhidmatan pembelajaran digital seperti yang berikut:

  • Bahan rujukan tanpa had seperti nota, buku teks, video tutorial, dll.
  • Bahan ulangkaji seperti soalan latihan kuiz dan ujian, kad imbasan, dll.
  • Kelas tuisyen online setiap hari (maklumat lanjut)
  • Live chat bersama tutor bagi bertanyakan soalan-soalan akademik

Kesemua perkhidmatan yang disediakan adalah di dalam ekosistem Pandai yang boleh diakses menggunakan telefon pintar atau komputer, melalui laman web atau aplikasi yang dimuat turun.

2. Jenis-Jenis Bantuan

KumpulanJenis PelajarJenis Bantuan
A• Pengguna Pandai baharu
• Pengguna Pandai Basic sedia ada
Akses PERCUMA kepada Pandai Premium selama 3 bulan
BPengguna Pandai Premium sedia ada• Akses PERCUMA kepada Pandai Premium selama 3 bulan
• Study Kit (buku nota & alat tulis)

3. Penerimaan Bantuan

Mana-mana pelajar sekolah Malaysia yang terkesan layak untuk memohon Bantuan Banjir Pasca Banjir 2022. Namun, penerimaan bantuan ini adalah terhad kepada 200 orang pelajar sahaja. Pendaftaran akan ditapis dan keutamaan akan diberikan kepada calon-calon SPM 2021.

Selepas proses penapisan, para pendaftar akan dihubungi melalui e-mel tentang keputusan penerimaan bantuan. Arahan bagi cara-cara mengakses Pandai Premium akan dijelaskan melalui e-mel juga.

4. Pendaftaran

Tarikh Pendaftaran: 10 Jan – 20 Jan 2022

Klik di sini untuk mendaftar

Nota: Selain butiran kenalan, pemohon perlu melampirkan gambar kejadian sebagai bukti.

5. Penutup

Di Pandai, kebajikan pembelajaran anak-anak adalah hal yang paling utama, selepas penjangkauan pendidikan berkualiti untuk semua. Kami harap, sumbangan yang termampu ini akan sedikit sebanyak menyuntik semula semangat anak-anak untuk terus kuat dan mengambil langkah kehadapan.

Sebarang pertanyaan boleh diajukan kepada Support Team kami di +6018-2524143 (WhatsApp).

Ayuh! Kita bangkit semula dan Capai Bersama.

Log in atau daftar di www.pandai.org di web
Muat turun aplikasi Pandai sekarang di Google Play atau App Store.
Jangan lupa ikuti Pandai di media sosial juga!
FB: @pandaiofficial
Instagram:@pandaiofficial
Twitter: @pandaiofficial
Tiktok: @pandaiofficial
Blog: blog.pandai.org
#senangjenakpandai

Related posts
PandaiProgram

Pandai Nak Bagi Duit Raya RM100 - Ceria Ramadan Raya is BACK!

Articles

Jadual Waktu Solat bagi Bulan Ramadan 1443H / 2024M

NewsPandai

Pandai Partners With MCPA To Empower Youth for Work Readiness!

Pandai

Jom SCORE dengan Strategi Kemahiran Belajar Top Students di Malaysia!