GET PANDAI APP NOW

Pandai

Recap untuk Exam dengan Flashcards!

Berdasarkan faktor-faktor di bawah, yang manakah yang membuatkan anda rasa paling gementar apabila menjelang kertas peperiksaan sains/aliran sains?
A. Takut lupa formula tertentu
B. Takut lupa point penting
C. Takut belum cukup ulangkaji lagi
D. Takut lupa maksud istilah tertentu

Kalau tanya kami, jawapannya kami “semua yang di atas”! 😅

Tapi iya lah, siapa je tak nervous kan! Lagi-lagi malam sebelum peperiksaan tu 😥 Sempat lagi ke nak buat persediaan saat akhir? Risauuuu!

Kalau dah #GOPremium dengan Pandai, apa yang nak risau? Kan ada kad imbasan! 🤩

Kalau ikutkan, pembelajaran menggunakan kad imbasan atau flashcards ni kena mula awal dan diamalkan secara konsisten serta sistematik. Tapi, untuk “recap” balik laju-laju satu malam sebelum exam pun sesuai juga!

Meh sini, kami ceritakan kenapa best nak “quick recap” untuk peperiksaan menggunakan kad imbasan:

1. Kandungan kad imbasan yang disediakan dalam Pandai meliputi formula, istilah dan perkara-perkara utama bagi setiap topik. Sekali imbas, dah cukup semua “point” penting!

2. Maklumat pada setiap kad imbasan adalah padat dan ringkas. “Straight to the point” dan tak panjang lebar. Senang je nak “copy & paste” masuk ruang ingatan masing-masing 😏

3. Kad imbasan di Pandai boleh “flip-flip” – sebelah tajuk perkara dan sebelah satu lagi maklumatnya. Ibaratnya macam kita nak hafal sesuatu dari buku: kita baca, tutup mata, dan semak semula. Leceh sikit kan macam tu? Kalau guna kad imbasan kami, senang dan pantas je nak tangkap. Semuanya “tap tap and swipe” je!

Best kan? Mesti nak pergi try sekarang kan 😌

Buat masa sekarang, kad imbasan Pandai hanya tersedia di aplikasi (telefon pintar). Berikut adalah cara-cara untuk mengakses ciri ini:

1. Log masuk atau daftar akaun Pandai.
2. Pergi ke “latihan“.
3. Pilih subjek.
4. Pilih kad imbasan.
5. Pilih topik yang ingin dipelajari.

Mudah je!

Macam mana? Ok kan tips belajar #FastLikeTheTiger ni? 🐯 Tak payah nervous dah nak jawab kertas sains esok. Malah, kalau nak guna kad imbasan untuk subjek lain pun boleh jugak tau! Semuanya boleh!

Jom sama-sama mula buat “last recap” dengan kad imbasan malam ni, okay!

Kad Imbasan Pandai tersedia untuk mata pelajaran tertentu bagi semua tahap pembelajaran, untuk semua pelajar Pandai Premium. Jom #GOPremium!

Log in atau daftar di www.pandai.org atau;

Muat turun aplikasi Pandai sekarang di Google Play atau App Store.

Jangan lupa ikuti Pandai di media sosial juga!

FB: @pandaiofficial
Instagram:@pandaiofficial
Twitter: @pandaiofficial
Tiktok: @pandaiofficial
Blog: blog.pandai.org

Related posts
PandaiProgram

Pandai Nak Bagi Duit Raya RM100 - Ceria Ramadan Raya is BACK!

Articles

Jadual Waktu Solat bagi Bulan Ramadan 1443H / 2024M

NewsPandai

Pandai Partners With MCPA To Empower Youth for Work Readiness!

Pandai

Jom SCORE dengan Strategi Kemahiran Belajar Top Students di Malaysia!