GET PANDAI APP NOW

NewsPandai

UASA KPM : Format, Tarikh Pelaksanaan dan Contoh Soalan

Seperti yang dimaklumkan, Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) dan Pentaksiran Tingkatan 3 (PT3) telah dimansuhkan pada pertengahan tahun ini. Mulai Januari 2023, Kementerian Pendidikan akan melaksanakan format baharu peperiksaan utama bagi murid Tahun 4 hingga 6 di sekolah rendah dan Tingkatan 1 hingga 3 di sekolah menengah yang dikenali sebagai Ujian Akhir Sesi Akademik (UASA). 

Pelajar kini akan dinilai mengikut kemahiran kognitif dan intelektual serta penguasaan pelajar pada setiap mata pelajaran. UASA juga akan dilaksanakan secara bertulisan untuk semua subjek.

Sekolah RendahTahap 2

KPM akan menyediakan 5 subjek untuk Tahun 4, Tahun 5 dan Tahun 6 Sekolah Rendah iaitu:

  • Bahasa Melayu
  • Bahasa Inggeris
  • Matematik
  • Sains
  • Sejarah.

Sekolah MenengahTahap 1

UASA bagi Tingkatan 1, Tingkatan 2 dan Tingkatan 3 Sekolah Menengah akan mengandungi 20 subjek:

  • Bahasa Melayu
  • Bahasa Inggeris
  • Matematik
  • Pendidikan Islam/Moral
  • Sejarah
  • Sains
  • Geografi
  • Asas Sains Komputer
  • Reka Bentuk dan Teknologi
  • Bahasa Arab
  • Maharat al-Quran
  • Al-Lughah/al-‘Arabiah, al-Mu’asirah
  • Al-Syariah
  • Usul Al-Din
  • Bahasa Cina
  • Bahasa Tamil
  • Bahasa Punjabi
  • Bahasa Kadazandusun
  • Bahasa Iban
  • Bahasa Semai

Subjek seperti Seni Muzik dan Seni Tari adalah tertakluk kepada yang disediakan oleh sekolah. Tempoh peperiksaan ini akan ditentukan oleh KPM tetapi pihak sekolah dibenarkan untuk menetap jadual ujian sendiri. Peperiksaan ini juga akan melibatkan komponen seperti pentaksiran bilik darjah (PBD), pentaksiran aktiviti jasmani, sukan dan kokurikulum (PAJSK) dan pentaksiran psikometrik (PPsi).

Format UASA

SubjectFormat
Sains (Year 4,5,6)Tiga Bahagian

Bahagian A: 10 Soalan (10 markah), item objektif aneka pilihan
Bahagian B: 2 Soalan (8 markah), item objektif pelbagai bentuk
Bahagian C: 4 Soalan (32 markah), item struktur
Sains (Form 1,2,3)Tiga Bahagian

Bahagian A: 20 soalan (20 markah), item objektif aneka pilihan
Bahagian B: 5 Soalan (20 markah), item objektif pelbagai bentuk
Bahagian C: 6 Soalan (60 markah), item struktur
Geografi (Form 1,2,3)Tiga bahagian

Bahagian A (20 soalan MCQ)-Jawab semua
Bahagian B (3 soalan subjektif)-Jawab semua, soalan aras rendah
Bahagian C (4 soalan subjektif)- jawab 2 soalan sahaja, soalan aras tinggi
Matematik (Year 4,5,6)Dua bahagian (1 jam 15 minit)

Bahagian A: 13 soalan (26 markah), item respon terhad
Bahagian B: 2 soalan (24 markah), item struktur
Matematik (Form 1,2,3)Tiga Bahagian (2 jam)

Bahagian A: 20 soalan (20 markah), item objektif aneka pilihan
Bahagian B: 5 Soalan (20 markah), item objektif pelbagai bentuk
Bahagian C: 6 Soalan (60 markah), item subjektif (respons terhad & berstruktur)
Asas Sains Komputer (Form 1,2,3)Tiga Bahagian (1 jam 30 minit)

Bahagian A: 10 soalan (10 markah), item objektif aneka pilihan
Bahagian B: 10 Soalan (40 markah), item objektif pelbagai bentuk
Bahagian C: 2 Soalan (20 markah), item subjektif
Sejarah (Year 4,5,6)Tiga Bahagian (1 jam 15 minit)

Bahagian A: 20 soalan (20 markah), item Objektif Aneka Pilihan
Bahagian B: 4 soalan (20 markah), item Objektif Pelbagai Bentuk
Bahagian C: 2 soalan (10 markah), item Subjektif Respons Terhad
Sejarah (Form 1,2,3)Tiga Bahagian (2 jam)

Bahagian A: 20 soalan (20 markah), item Objektif Aneka Pilihan
Bahagian B: 4 soalan (40 markah), item Subjektif Respons Terhad
Bahagian C: 2 soalan (20 markah), item Subjektif Respons Terbuka
Bahasa Melayu (Year 4,5,6)Tiga Bahagian (1 jam 15 minit)(50 markah)

Bahagian A: 10 markah. Item Objektif Aneka Pilihan – Tatabahasa (3-5 soalan) – Pemahaman Petikan (5-7 soalan)(Teks Tunggal dan Pelbagai)
Bahagian B: 10 markah. Item Objektif Pelbagai Bentuk dan Subjektif Respons Terhad – Pemahaman Petikan dan Tatabahasa (Bersepadu) (3-5 soalan) – Respons Kritis dan Kreatif (1 soalan)
Bahagian C: 10 markah. Item Subjektif Respons Terbuka – Penulisan Perenggan (1 soalan)
Bahagian D: 20 markah. Item Subjektif Respons Terbuka -Penulisan Karangan (1 soalan)
Bahasa Melayu (Form 1,2,3)Kertas 1 Ujian Bertulis – Pemahaman (1 jam 30 minit)

Bahagian A: (15 markah). Item Objektif Aneka Pilihan – 10 soalan morfologi, frasa, sintaksis, peribahasa – 5 soalan pemahaman petikan
Bahagian B: (30 markah). Item Objektif Pelbagai bentuk – 4 soalan pemahaman petikan – 1 soalan novel KOMSAS
Bahagian C: (15 markah). Item Subjektif Respons Terhad – 1 soalan pemindahan maklumat

Kertas 2 Ujian Bertulis – Penulisan (1 jam)

Bahagian A: (10 markah). Item Subjektif Respons Terhad – 1 soalan karangan
Bahagian B: (30markah). Item Subjektif Respons Terbuka – 3 soalan karangan (Pilih 1)
RBT (Form 1,2,3)Tiga Bahagian (1 jam 30 minit)

Bahagian A: 10 soalan (10 markah), item objektif aneka pilihan
Bahagian B: 10 Soalan (40 markah), item objektif pelbagai bentuk
Bahagian C: 2 Soalan (20 markah), item subjektif
English (Year 4,5,6)Two Components (50 total marks) – Aligned with CEFR – 1 hour 15 minutes (7 parts) (27 questions)
Part 1 to Part 5 (Total 25 marks – 1 mark each question)
Part 6 (10 marks)
Part 7 (15 marks)

Component 1: The reading and use of English (4 parts) (20 questions)
Part 1: Short texts with 5 questions and 3 MCQ answer options for each question.
Part 2: Cloze passage (longer texts) with 4 questions and 3 MCQ answer options for each question.
Part 3: Reading comprehension (linear or non-linear texts) with 5 questions and 3 MCQ answer options for each question.
Part 4: Multiple short texts with 6 questions (matching information based questions).

Component 2: Writing (5 questions and 2 essays)
Part 5: Theme based spelling questions (5 questions).
Part 6: Short essay 30-50 words response to an email or message.
Part 7: Long essay 60-80 words email.
English (Form 1,2,3)Two Papers – Aligned with CEFR
– Paper 1: 40 marks
– Paper 2: 60 marks

Paper 1: Reading and use of English 12/1 (5 parts) (40 questions) (1 hour 30 minutes) (A2-B1 levels of CEFR) (Answer on answer sheet)

Part 1: Short texts with 8 questions and 3 MCQ answer options for each question.
Part 2: Error correction in extended text (8 questions).
Part 3: Information transfer from extended text (8 questions). – The answer must not be more than 5 words.
Part 4: Different between Form 1 and Form 2 + Form 3 Form 1: Short answer and True and False based on extended text (8 questions). Form 2 and Form 3: Short answer based on extended text (10 questions).
Part 5: Different between Form 1 and Form 2 + Form 3 Form 1: Cloze passage – 2 extended text (8 questions). Form 2 and Form 3: Cloze passage – 1 extended text (6 questions).

Paper 2: Writing 12/2 (2 parts) (2 questions) (1 hour) (A2-B1 levels of CEFR) (Answer in the question paper)

Part 1: Essay 80 words response to an email or message.
Part 2: Essay based on a mind map
Form 1: 70 – 90 words response (3 focus points that are derived from the mind map)
Form 2: 80 – 100 words response (4 focus points that are derived from the mind map)
Form 3: 100 – 120 words response (5 focus points that are derived from the mind map)

Penilaian UASA

Dari segi penilaian pula, UASA tidak akan menggunakan format gred atau markah, sebaliknya pelajar akan diukur melalui sistem baharu yang dikenali sebagai Tahap Penguasan (TP). Sistem ini diukur dari TP1 hingga TP6 mengikuti deskriptif tahap tersebut:

  1. TP 1:
    Tahu
    Pelajar boleh melaksanakan tugas asas, memiliki pengetahuan asas, atau bertindak balas terhadap situasi mudah.

  2. TP 2:
    Tahu dan Faham
    Pelajar menunjukkan pemahaman dengan menyesuaikan gaya komunikasi mereka atau dengan menterjemah dan menghuraikan apa yang telah mereka pelajari.

  3. TP 3:
    Tahu, Faham dan Boleh Buat
    Pelajar menunjukkan pemahaman dengan menyesuaikan gaya komunikasi mereka atau dengan menterjemah, menghuraikan dan mengaplikasikan apa yang telah mereka pelajari.

  4. TP 4:
    Tahu, Faham dan Boleh Buat dengan Beradab
    Pelajar mempraktikkan sesuatu kemahiran dengan melalui proses atau secara berkaedah.

  5. TP 5:
    Tahu, Faham dan Boleh Buat dengan Beradab Terpuji
    Pelajar menunjukkan bakat dalam suasana novel dengan mematuhi protokol atau bertindak secara teratur, konsisten dan positif.

  6. TP 6:
    Tahu, Faham dan Boleh Buat dengan Beradab Mithali
    Pelajar mampu bersikap optimistik, kreatif, dan berimaginasi, dan mereka boleh menunjukkan contoh dengan menggunakan pengetahuan dan kebolehan mereka secara sistematik untuk situasi baharu.

Pada minggu kedua Januari 2023, pihak sekolah akan memuat turun dan mencetak soalan mengikut subjek yang ditawarkan. Manual pentadbiran dan pemarkahan UASA kemudiannya akan dipraktikan sebagai persediaan ujian tersebut. Peperiksaan ini akan dijalankan pada minggu 3 Januari hingga pertengahan Februari 2023.

Pelajar boleh bersiap sedia untuk menjawab peperiksaan UASA ini dengan mengulang kaji menggunakan aplikasi pandai. Terdapat set soalan sample UASA untuk pelajar tahun 4,5 dan 6 serta pelajar tingkatan 1,2 dan 3. Aplikasi Pandai juga menyediakan fungsi nota ringkas, quiz battle, buku teks dan latihan mengikut subjek dan silibus yang diperkenalkan di sekolah. Terdapat juga fungsi Live Tuition dimana kelas bersama Team Tutor Pandai yang membantu pelajar mengupas topik dan subjek yang susah secara dalam talian. Lihat cara-cara untuk mengakses set soalan latihan UASA:

Log masuk atau daftar di www.pandai.org di web

Muat turun aplikasi Pandai sekarang di Google Play atau App Store.

Jangan lupa ikuti Pandai di media sosial juga!

FB: @pandaiofficial

Instagram:@pandaiofficial

Twitter: @pandaiofficial

Tiktok: @pandaiofficial

Blog: blog.pandai.org

Related posts
PandaiProgram

Pandai Nak Bagi Duit Raya RM100 - Ceria Ramadan Raya is BACK!

Articles

Jadual Waktu Solat bagi Bulan Ramadan 1443H / 2024M

NewsPandai

Pandai Partners With MCPA To Empower Youth for Work Readiness!

Pandai

Jom SCORE dengan Strategi Kemahiran Belajar Top Students di Malaysia!