GET PANDAI APP NOW

ArticlesPandai

Apa Nak Buat Bila Rasa MALAS?

Hari ni kita nak cerita pasal satu perkara yang semua orang pernah rasa: MALAS.

Pernah tak, bila dah bangun pagi-pagi, tapi rasa macam nak tidur semula? Atau… Bila pegang buku je, tiba-tiba rasa nak tengok TV je? Jangan risau, ini normal! Semua orang pernah alami perasaan yang macam ni. Tetapi… tak best kan?

Jadi, apa yang boleh kita buat?

Kenapa Kita Rasa Malas?

Pertama sekali, kita perlu cuba faham kenapa kadang kala kita rasa malas. Sekali-sekala badan kita perlukan rehat, begitu juga dengan kesihatan minda dan otak. Tapi terlalu banyak masa rehat juga boleh membuatkan kita rasa malas dan sukar nak bergerak. Ini normal, jadi kita kena tahu bila masa yang sesuai untuk rehat dan bila masa untuk produktif.

Tips #1: Buat Senarai Kerja

Kadang-kadang, perasaaan malas itu datang sebab kita ada terlalu banyak kerja, dan tak tahu nak mulakan daripada mana. Jadi, antara cara yang paling senang untuk kita cegah perasaan negatif itu adalah dengan membuat senarai kerja, ataupun “To-Do-List“.

Kalau perasaan malas tu bermula dari pagi hari, start je senarai kerja anda dari pagi hari juga. Contohnya:

  • Bangun pagi
  • Mandi
  • Sarapan
  • Buat kerja sekolah
  • Main 15 minit
  • Baca buku 30 minit
  • Rehat

Dengan menggunakan cara senarai kerja, aktiviti-aktiviti seharian kita akan nampak lebih senang dan teratur – mesti hilang rasa malas tu!

Tips #2: Buat Satu Cabaran

Nak buang rasa malas, boleh juga kita tukar jadi satu cabaran. Cuba letakkan satu perkara yang kita nak capai dalam suatu masa yang tertentu. Contohnya, “Hari ni, saya nak siapkan latihan Matematik sebelum waktu makan tengahari.” Bila kita ada matlamat ni, kita rasa lebih bersemangat nak buat kerja tersebut sebab tahu yang kita nak capai sesuatu yang penting. Ganjaran yang kita nak tetapkan pula terpulang dengan kehendak masing-masing!

Tips #3: Study Dengan Kawan-Kawan

Cuba ajak kawan-kawan untuk buat study group dan buat projek atau kerja rumah dari sekolah bersama-sama. Bila kita ada kawan-kawan, kita boleh bertukar idea, tolong-menolong, dan berkongsi semangat. Semestinya, waktu belajar akan terasa seperti bergerak dengan pantas – tahu-tahu, kerja sekolah pun dah siap!

The more, the merrier!

Kawan-kawan adalah lubuk keceriaan – kita akan jadi lebih bermotivasi untuk belajar apabila nampak kawan-kawan kita bersungguh-sungguh. Lambat-laun, perasaan malas tu akan bertukar menjadi seronok!

Tips #4: Belajar Sambil Bermain

Ingat, belajar tak semestinya kena duduk diam dan baca buku je. Kita boleh belajar sambil bermain juga. Cuba cari permainan atau aktiviti yang boleh ajar kita benda baru. Contohnya, main permainan papan yang melibatkan matematik, atau tengok dokumentari yang menarik tentang sains. Bila kita belajar sambil bermain, rasa malas pun makin jauh!

Kalau nak tau, Pandai menawarkan pelbagai pembelajaran yang telah digamifikasikan. Ada Quiz Battle di mana adik-adik boleh berlwan dengan rakan-rakan dalam menjawab soalan quiz dan boleh kumpul ganjaran dalam bentuk coins. Coins ni nak buat apa? Buat tebus e-Vouchers dalam aplikasi Pandai lah! Jom cuba Pandai SEKARANG!


Belajar macam mana nak gunakan games dalam proses pembelajaran

Tips #5: Bahagi Kerja Kecil-Kecil

Kerja yang besar kadang-kadang buat kita rasa malas sebab rasa macam susah nak habiskan. Jadi, apa kata kita bahagi kerja besar tu kepada kerja-kerja yang lebih kecil? Contohnya, kalau kena buat projek besar, cuba fokus pada langkah pertama dulu. Bila dah siap langkah pertama, kita rasa lebih bersemangat nak teruskan langkah seterusnya.

Tips #6: Beri Ganjaran kepada Diri Sendiri

Sekarang ni, kita dah tahu banyak cara nak buang rasa malas. Tapi jangan lupa untuk beri ganjaran kepada diri sendiri bila kita dah berjaya buat kerja. Ganjaran yang kita nak tetapkan pula terpulang dengan kehendak masing-masing – contohnya, boleh tengok kartun kegemaran, makan coklat, atau main video games. Ini akan buat kita lebih bersemangat untuk buat kerja lain pula.

Tips #7: Dengar Muzik

Tahu tak, muzik boleh jadi satu cara yang best untuk hilangkan rasa malas. Cuba dengar lagu yang kita suka semasa buat kerja. Lagu-lagu yang upbeat dan seronok boleh buat mood kita lebih baik dan kita rasa lebih bertenaga. Tapi ingat, jangan sampai kita terlalu asyik dengar muzik sampai lupa nak buat kerja ya!

Tips #8: Cari Inspirasi Baru

Seterusnya, kadang-kadang rasa malas ni datang sebab kita rasa bosan dengan rutin harian. Cuba cari inspirasi baru dengan baca buku, tengok video, atau pergi lawat tempat yang menarik. Bila kita ada benda baru untuk fikirkan, rasa malas pun hilang.

Tips #9: Rehat yang Cukup

Selain itu, bila kita rasa malas, kadang-kadang bermakna badan kita perlukan rehat. Dapatkan tidur yang cukup, makan makanan berkhasiat, dan jangan lupa bersenam. Bila badan kita bertenaga, rasa malas pun jauh!

Jadi, sekarang dah tahu banyak cara untuk buang rasa malas. Ingatlah, hidup ni perlu seimbang antara kerja dan rehat. Jangan lupa, kita boleh cuba semua tips ni dan pilih mana yang paling sesuai untuk kita. Mari buang rasa malas dan teruskan berjaya dalam pelajaran dan kehidupan kita!


Log masuk atau daftar di www.pandai.org 
Muat turun Pandai di Google Play or App Store.
Follow Pandai di sosial media untuk info lebih lanjut!
Facebook: @pandaiofficial
Instagram:@pandaiofficial
Twitter: @pandaiofficial
TikTok: @pandaiofficial ; @youngpandai @youngpandaijr
Blog: blog.pandai.org
#SenangJeNakPandai

Related posts
NewsPandai

Persediaan Pentaksiran Kemasukan Sekolah Khusus (PKSK) 2024/2025 dalam Projek Level Up Pandai!

CorporateNews

GOOD NEWS! Pandai Achieves ISO 27001:2022 Certification

PandaiProgram

FINALIST ANNOUNCEMENT & ANSWER REVEAL! - Brain Buster Challenge 2024

PandaiProgram

BRAIN BUSTER CHALLENGE: Unlock Your Mind and Solve The IMPOSSIBLE!